• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Tiada Rancangan Jual Pegangan PLUS Malaysia

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ada rancangan untuk menjual 49 peratus pegangannya dalam pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd.

Ini kerana pelaburan dalam syarikat konsesi itu memberikan pulangan yang baik bagi dana pencen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata dana pencen itu dan UEM Group Bhd., yang memegang baki 51 peratus pegangan dalam PLUS, memperuntukkan pelaburan yang besar dalam mengembangkan rangkaiannya, terutamanya di Lembah Klang.

UEM Group ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

“Pihak yang berminat mungkin memaklumkan kepada akhbar berhubung perkara itu. Tetapi kami tidak menerima tawaran belian daripada sesiapa sahaja berhubung pegangan itu. Tidak ada pelamar,” kata Shahril Ridza.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeteraian perjanjian perkongsian dengan International Training Centre of the International Labour Organisation (ITC-ILO) di sini, hari ini.

Beliau berkata PLUS Malaysia memberi sumbangan besar kepada pendapatan KWSP.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Pegawai Program Kanan Perlindungan Sosial, Tadbir Urus dan Tripartisme ITC-ILO, Charles Crevier.

Shahril berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat yang disuarakan oleh tokoh korporat Tan Sri Abu Sahid Mohamad untuk mengambil alih PLUS Malaysia menerusi syarikatnya Maju Holdings Sdn Bhd.

Menurut laporan media, Abu Sahid dipetik sebagai berkata beliau yakin dapat mencapai perjanjian itu, yang mungkin menelan kos RM30 bilion atau lebih, kerana beliau “telah bersedia segalanya”.

Hartawan berkenaan juga dipetik sebagai berkata telah menerima restu di peringkat tertinggi berhubung perkara itu dan merancang untuk bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar bagi membincangkan pengambilalihan tersebut.

Sementara itu, perjanjian perkongsian KWSP dengan ITC-ILO akan membuka laluan bagi pembangunan bersama dan pelaksanaan aktiviti latihan pada masa depan di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain.

“Kami akan dapat menyediakan lebih banyak ruang dan peluang dalam perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau ini.

“Matlamat bersama adalah untuk membantu antara satu sama lain dalam membangunkan keselamatan sosial dan rangkaian masa depan kita. Kerajaan Malaysia mahu menjamin masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada agenda TN50 (Transformasi Nasional 2050),” kata Shahril.

Audien sasaran yang bakal mendapat manfaat daripada program itu terdiri daripada kementerian kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kebajikan masyarakat, institusi penyelidikan dan akademik .

KWSP kali pertama bekerjasama dengan ITC-ILO ialah pada Ogos 2016, apabila kedua-duanya menganjurkan bersama Kursus Eksekutif Merancang dan Meluaskan Perlindungan Sosial di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Shahril Ridza RidzuanKWSPPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd