• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Baharu Untuk Kolej Vokasional Dikaji

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji beberapa kursus baharu untuk diperkenalkan pada peringkat sijil dan diploma di kolej vokasional bagi meningkatkan tenaga kerja berkemahiran pelbagai bidang serta memenuhi tuntutan masa depan.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tawaran kursus baharu itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan kolej vokasional melalui penyusunan kursus secara berperingkat mengikut kesesuaian lokasi.

“Setakat ini ada 16 kursus yang ditawarkan di kolej vokasional seluruh negara, tetapi kita tetap kena cari lagi bidang baharu, antaranya penerokaan dalam bidang yang berkaitan dengan kereta api.

“Ini kerana negara kita sedang giat membangunkan pengangkutan keretapi yang merangkumi monorel, Landasan Kereta Api Pantai Timur dan keretapi berkelajuan tinggi,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya sedang mendapatkan maklumat awal daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung industri tersebut serta apa yang boleh ditawarkan mereka.

“Kita minta supaya dihalusi bidang ini sebab dalam jangka masa panjang, ramai tenaga kerja akan diperlukan,” kata Mahdzir.

Pada tahun ini, seramai 13,000 pelajar kolej vokasional seluruh negara akan menerima diploma dalam pelbagai bidang, antaranya hospitaliti, perhotelan, pembinaan dan automatif.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan sedang mengemas kini peraturan dan program yang melibatkan pelajar bermasalah, terutamanya yang digantung persekolahan.

Antara program yang dirancang ialah menghantar pelajar yang bermasalah menjalani program pemulihan di penjara dan lokap.

“Buat permulaan, program ini akan membabitkan kumpulan pelajar yang sudah digantung persekolahan selama enam bulan disebabkan masalah disiplin yang serius, termasuk buli.

“Mereka akan dihantar ke penjara, lokap polis dan Sekolah Henry Gurney dalam tempoh tertentu sepanjang menjalani penggantungan, untuk melihat sendiri bagaimana pesalah menjalani hukuman,” katanya.

Beliau berkata program ini dibuat bagi melahirkan rasa insaf dalam kalangan pelajar bermasalah dan diharap akan berubah ke arah kebaikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidVokasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd