• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kukuh Kerjasama Demi Kepentingan Graduan KV

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak industri dalam memastikan graduan kolej vokasional (KV) lebih berdaya saing dan memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama yang terjalin antara sektor awam dan swasta berjaya meningkatkan kualiti pendidikan vokasional terutama dari aspek pengiktirafan oleh pihak industri.

“Ekonomi Malaysia berhadapan dengan kesukaran sekiranya negara dan industri tidak membuat persediaan awal.

“Dalam situasi ini, kita telah pun mengambil tindakan proaktif melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara industri kerajaan dan swasta untuk pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (OJT), yang membolehkan pelajar menjalani latihan industri selama empat bulan selepas empat tahun menimba pelbagai ilmu dan kemahiran di KV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-2 di sini hari ini.

Mahdzir berkata kerjasama dengan pihak industri perlu diteruskan memandangkan pada tahun hadapan hampir 16,000 pelajar KV akan menjalani OJT.

Mengulas pencapaian graduan KV, beliau berkata 90.58 peratus daripada 2,273 graduan kohot pertama (2016) telah mendapat pekerjaan mengikut bidang manakala 55.49 peratus daripada 12,997 pelajar kohot kedua (2017) telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Setakat ini, 550 syarikat telah bersetuju menjalinkan kerjasama dengan kementerian untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan KV.

Sementara itu, katanya, seramai 12,997 graduan daripada 36 program telah berjaya menamatkan pengajian di 72 KV di seluruh negara.

Pelajar dari KV Beaufort, Sabah, Jelisha Johny Jerome, 20, dipilih untuk menerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan, kerana mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif 3.94. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidGraduan KV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd