• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Syabas Malaysia Bergelar Juara Keseluruhan

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar merumuskan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang melabuhkan tirainya sebentar tadi, sebagai temasya hebat dan paling diingati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di atas kelancaran edisi ke-29 ini, Tunku Imran jelas berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Malaysia berjaya mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Malaysia kerana berjaya menganjurkan sebuah temasya yang akan diingati,” kata Tunku Imran.

“Tiada apa yang sempurna di dunia ini, tetapi anda berjaya mengatasi beberapa masalah sepanjang perjalanan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan.”

Pungutan pingat itu membolehkan Malaysia bergelar juara keseluruhan daripada 11 negara yang mengambil bahagian dan 145 emas itu membolehkan kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas.

Sebelum ini, pungutan pingat terbaik negara ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah edisi 2001 dengan 111 pingat emas, tetapi dengan pencapaian dan penguasaan luar biasa beberapa acara sukan dalam kalendar Olimpik seperti basikal dan terjun menjadikan pencapaian kali ini lebih gemilang.

“Kita menjadi saksi kepada persembahan hebat atlet daripada 11 negara Asia Tenggara membabitkan 404 acara dan 38 jenis sukan. Dan untuk atlet yang gagal memenangi pingat, kami tahu anda sudah memberikan yang terbaik.

“Syabas kepada kontinjen Malaysia yang berjaya muncul juara keseluruhan dan juga kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertungkus lumus dalam menyediakan kontinjen.” -BH ONLINE

Tags: Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Podium Bagus, Cuma Perlu Ditambah Baik

20/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan dengan penambahbaikan, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia...

Atlet Muda Perlu Diberi Lebih Banyak Peluang Bertanding

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada pembangunan sukan masing-masing di peringkat akar umbi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd