• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Sie Yan Tuai Emas Kedua Dalam Gimrama

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gimnas negara, Koi Sie Yan ternyata sukar ditandingi apabila berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengungguli acara gimrama individu keseluruhan di sini, hari ini.

Sie Yan mempamerkan aksi cemerlang dengan persembahan menarik untuk mengumpul 63.15 mata, megatasi seorang lagi atlet berpengalaman negara Amy Kwan Dict Weng 60.10 mata.

Pingat gangsa pula dimenangi gimnas Singapura, Tong Kah Mun yang mengumpul 52.90 mata. Saingan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Daripada empat disiplin yang dipersembahkannya, Sie Yan jelas paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung apabila meraih mata tertinggi 16.60 mata berbanding bola (15.60), belantan (15.25) dan riben (15.70).

Kemenangan ini, bermakna atlet berusia 18 tahun itu sudah menuai emas kedua daripada gelanggang gimrama selepas membantu pasukan negara menamatkan penantian 10 tahun menerusi kejayaan menguasai acara berpasukan semalam.

Bagi Sie Yan, emas yang dirai di tanah air sendiri cukup bermakna terutama apabila dapat beraksi di hadapan keluarga dan juga rakan-rakan.

Justeru atlet berasal dari Kuantan Pahang itu berharap dapat beraksi lebih cemerlang esok dalam aparatus final yang menawarkan empat emas.

“Saya gembira dapat beraksi dengan baik hari ini. Biarpun mendapat tentangan dari rakan senegara saya cuba melakukan yang terbaik.

“Tapi bagi saya tidak kira siapa menang, yang penting kami semua dapat menyumbangkan emas kepada Malaysia,” katanya.

Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2015 Singapura Sie Yan berkongsi pingat emas bersama seorang lagi atlet negara, Shasangari Sivaneswari dalam acara berkenaan selepas kedua-duanya diumumkan sebagai pemenang bersama. – BH Online

Tags: gimramaSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gimnastik, Gimrama Bukan Sukan ‘Ghairah’

04/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Takrifan 'ghairah' tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama dan tidak harus dijadikan asas dalam dasar...

Cucu Muhyiddin Curi Tumpuan

13/09/2018
0

IPOH - Walaupun baru berusia 13 tahun, Iman Alisha Fakhri Yassin membuktikan dirinya mampu bersaing dengan gimnas yang lebih berpengalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd