KONTINJEN Malaysia merangkul pingat emas kedua Sukan SEA 2017 dalam acara pelayaran selepas Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz menewaskan peserta enam negara lain dalam kelas International 470 di Langkawi, hari ini.
Pemenang emas Sukan Asia 2014 itu mempamerkan persembahan memberangsangkan dalam sembilan perlumbaan untuk memenangi emas.
Pasangan Thailand Navee Thamsoontorm dan Nut Butmarasri merangkul perak manakala pelayar Filipina Emerson Villena dan Lester Troy Tayong meraih gangsa.
Selasa lalu, pasukan optimist negara yang dibarisi Hazim Ismail, Muhammad Syafie Ali, Muhammad Fauzi Kaman Shah, Nor Nabila Natasha Mohd Nazri dan Nurul Shazwanie Mohd Saad menewaskan Thailand 2-1 untuk meraih emas. – Harian Metro