• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Muhd Ezuan Bidik Emas Malaysia

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penembak negara, Muhd Ezuan Nasir Khan berjaya mengatasi tekanan sebelum mengetepikan saingan sengit daripada penembak Singapura, Ong Jun Hon untuk merangkul emas acara 50m rifle prone individu lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Dia menyumbang emas ketiga untuk skuad menembak negara selepas mengatasi Jun Hon dengan kelebihan 3.3 mata selepas membidik 242.80 mata di Lapang Sasar Menembak Subang, dekat sini, hari ini.

Pingat gangsa menjadi milik penembak Myanmar, Kaung Htike yang membidik 220.2 mata,
Kejayaan Muhd Ezuan adalak ketiga selepas Alia Sazana Azahari memenangi emas acara 25m pistol individu wanita dan Benjamin Khor dalam acara double trap individu lelaki.

Dalam pada itu, penembak veteran, Bibiana Ng pula sekadar menyumbang pingat gangsa dalam acara 10m air pistol wanita setelah mencatat 212 mata.

“Ini merupakan satu pencapaian terbaik untuk sudah lama saya tidak memenangi pingat untuk acara individu pada Sukan SEA,” kata pegawai polis itu yang membuat penampilan kali kesembilan pada Sukan SEA sejak edisi 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Acara berkenaan dimenangi penembak Myanmar, May Poe Wah dengan kutipan 234.4 mata manakala penembak Vietnam, Le Thi Linh menggondol pingat perak selepas mencatat 232.1 mata.

Sorang lagi wakil Malaysia, Joseline Cheah menduduki tangga keempat daripada lapan peserta dengan kutipan 192.4 mata.

Terdahulu, penembak Olimpik negara, Nur Suryani Mohamed Taibi mempamerkan aksi hambar setelah menduduki tangga kelapan daripada sembilan peserta dalam acara 50m rifle prone wanita dengan catatan 601.7 mata.

Juara bertahan, Ratchadaporn Plengsaengthong dari Thailand mengekalkan pingat emas selepas membidik 619.8 mata, disusuli rakan senegaranya, Supamas Wankaew dengan pingat perak (617.7 mata) manakala penembak Filipina, Amparo Teresa Acuna sekadar mengutip pingat gangsa (612.9 mata).

Tambahan satu emas dan satu gangsa hari ini menyaksikan Malaysia masih mengungguli carta pingat acara menembak dengan kutipan tiga emas, empat perak dan satu gangsa, disusuli thailand (3-1-4) manakala Vietnam di tangga ketiga keseluruhan dengan kutipan satu emas dan satu perak.

Dua pingat emas menjadi rebutan pada hari kelima, esok iaitu acara 10m air rifle wanita dan 50m rifle tiga posisi lelaki. – BERNAMA

Tags: Muhd Ezuan Nasir Khanpenembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Keluarga Pemangkin Utama Penembak Muda, Wei Jin

19/08/2018
0

PALEMBANG - Sebuah keluarga yang menembak bersama sentiasa akan tetap bersama! Ia adalah perumpamaan yang sempurna bagi menggambarkan keluarga penembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd