• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Misi Emas Chinlone Tercapai – Khairy

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemampuan skuad chinlone meraih emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 buat Malaysia disifatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai satu misi yang berjaya disempurnakan barisan atlet dan jurulatih sukan itu.

Malaysia merangkul emas sulung berkenaan selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan Filipina 391-271 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

“Emas ini sangat bermakna kerana ia merupakan emas pertama kejohanan (Sukan SEA Kuala Lumpur) dan memang kita sasarkan acara ini untuk jadi penyumbang emas pertama buat kem negara.

“Semua pemain tidak mengecewakan. Bermula dari timangan pertama lagi mereka sudah menunjukkan kehebatan mengawal bola,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Khairy turut mengalungkan sendiri pingat emas ke leher semua atlet chinlone yang mengharumkan nama negara.

Turut hadir ketua kontingen negara Datuk Marina Chin.

Dalam pada itu, ketua jurulatih, Mohd Yusoff Abdullah berasa lega dan puas hati dengan prestasi dan pencapaian anak didiknya.

“Saya rasa seperti beban yang selama ini berada di atas kepala saya terus hilang dengan kejayaan anak buah saya mendapat pingat emas pada hari ini.

“Persembahan yang ditunjukkan mereka sangat baik. Saya lihat ini sebagai pencapaian peribadi saya setelah dua kali percubaan kita gagal sebelum ini iaitu di Sukan SEA Myanmar 2013 dan Sukan SEA Singapura 2015 yang lalu,” katanya.

Turut berkongsi kegembiraan ialah ketua pasukan Negara, Mohammad Faiz Roslan yang berpendapat kejayaan pada edisi ke-29 Sukan SEA itu akan terus menyuntik semangat bukan saja atlet chinlone malah anggota kontinjen Malaysia yang lain.

Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan 293 dan Brunei 157 untuk layak ke perlawanan akhir.

Brunei mengutip pingat gangsa dalam pertandingan yang disertai tiga negara itu.

Selain Muhammad Faiz, pasukan chinlone yang meraih emas itu turut dibarisi Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd