• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Khairul, Jonathan Tempah Tiket Final 100M

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan mara ke final acara 100m lelaki Sukan SEA, selepas memenangi separuh akhir kedua dengan catatan 10.34s di Stadium Nasional di sini, hari ini.

Turut meraih slot ke saingan akhir ialah rakan senegaranya, Jonathan Nyepa yang mencatatkan 10.60s untuk meraih tempat kedua separuh akhir pertama di belakang juara bertahan dan jaguh pecut Filipina Eric Cray yang mencatatkan 10.58s.

Turut menempah tiket ke final ialah juara 2013 Jirapong Meenapra daripada Thailand yang mencatatkan 10.46s, Iswandi daripada Indonesia (10.56s) dan Kritsada Namsuwan daripada Thailand (10.64s).

Bagi kategori wanita, ratu pecut Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatimah Mohamad turut mara ke final selepas masing-masing mencatatkan 11.61s dan 11.80s pada separuh akhir kedua dan pertama.

Sementara itu, ratu pecut Singapura Shanti Pereira layak ke final selepas memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 11.73s, berbanding rekod lamanya, 11.80s.

Turut layak ke final ialah Le Tu Chinh (11.49s) dan Le Thi Mong Tuyen (11.82s) daripada Vietnam serta Supawan Thipat daripada Thailand (11.87s).

Final acara wanita dijadualkan pada pukul 9.30 malam ini, diikuti acara lelaki pada 9.40 malam. – BERNAMA

Tags: Jonathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd