KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menepati status sebagai juara dunia apabila memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.
Jun Hoong – atlet kelahiran Perak yang hanya beraksi satu acara saja pada temasya kali ini, meraih 268.55 mata selepas lima terjunan.
Seorang lagi peserta negara, Jasmine Lai Pui Yee pula meraih pingat perak selepas meraih 233 mata, manakala Ngo Phuong Mai dari Vietnam meraih pingat gangsa dengan catatan 207. 80 mata.
Kejayaan Jun Hoong itu menyaksikan Malaysia terus mendominasi acara terjun selepas membolot tiga emas pada hari pertama, semalam. – BH Online