• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Hasrat Skuad Futsal Lelaki Raih Emas Lebur

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Skuad futsal lelaki Malaysia gagal dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila tewas tipis 4-3 kepada Thailand dalam perlawanan terakhir liga sepusingan di Kompleks Sukan Panasonic di sini, malam ini.

Biarpun, hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan pingat emas, kekalahan itu meletakkan Malaysia di tempat kedua dengan meraih pingat perak dengan perbezaan kelebihan jaringan gol berbanding Vietnam selepas berkongsi tujuh mata.

Sebelum aksi bersama Thailand itu, Malaysia menduduki tangga teratas dengan tujuh mata selepas mengalahkan Myanmar 5-4, seri 1-1 dengan Vietnam dan menundukkan Indonesia 5-0. Thailand merupakan pemenang pingat emas untuk edisi 2007, 2011 dan 2013.

Dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic di sini malam ini, skuad bimbingan jurulatih Chiew Chun Yong yang beraksi di hadapan ribuan penyokong serta sokongan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Malaysia ketinggalan tiga gol pada babak pertama menerusi jaringan kapten pasukan Thailand, Kritsada Wongkaeo, Suphawut Thueanklang dan Apiwat Chaemcharoen pada minit keempat, 11 dan 18.

Gol pertama skuad negara hadir pada minit ke-24 babak kedua perlawanan menerusi pemain pertahanan Syed Aizad Daniel Syed Nasir.

Bagaimanapun skuad bimbingan ketua jurulatih Jose Maria Pazos Mendez menjarakkan perbezaan gol menerusi jaringan keempat pada minit ke-27 menerusi Suphawut.

Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi pemain pertahanan Yazid Kamaruzuan seminit selepas itu sebelum Syed Aizad Daniel menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan berbaki lapan minit.

Sementara itu, Chiew berkata pembangunan sukan futsal Malaysia perlu dipertingkatkan lagi bagi membolehkan Malaysia lebih mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Sudah tentu kami sasar pingat emas di KL2017. Walaupun pada babak kedua, anak buah saya buat bangkit semula namun saya tahu, banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya. – BERNAMA

Tags: FutsalSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Cepat Menghukum Pasukan Futsal Johor

13/09/2018
0

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum barisan pemain dan negeri itu secara keseluruhannya...

Chun Yong Senarai 20 Pemain Terbaik Ke Latihan Pusat

26/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi menyertai kem latihan pusat sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd