• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Beri Harapan Palsu Kepada Penyokong

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hanya memberi harapan palsu kepada penyokong parti pembangkang kerana beliau sendiri tidak yakin kemampuan Pakatan Harapan menawan Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad berkata ketidakyakinan Kit Siang dapat dilihat semasa berceramah di Parit Buntar minggu lalu apabila kerap mengulangi perkataan ‘jika’ .

“Ini jelas dilihat apabila dalam kenyataannya berulang kali menggunakan istilah “jika”. Contohnya “jika PAS bertanding dan menjadi pengganggu undi”, “jika berlaku pertandingan tiga-penjuru” dan pelbagai keadaan yang menggunakan perkataan “jika”.

Ia juga jelas menunjukkan beliau berada di awang-awangan dan tidak yakin dengan hipotesisnya sendiri. Dari segi psikologi, ia bermakna Kit Siang sendiri tidak yakin dengan ramalannya,” kata Saarani dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Saarani, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Kit Siang sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu bagi mengalih tumpuan masyarakat terhadap perbalahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang.

“Buktinya sehingga kini, mereka tidak dapat mencapai konsensus yang nyata dalam mengenal pasti siapakah sebenarnya yang menjadi pemimpin utama mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Saarani berkata Barisan Nasional (BN) Perak yakin akan memenangi 39 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada PRU14 berdasarkan simulasi yang dibuat sebelum ini.

Katanya melalui simulasi itu menunjukkan sokongan undi Melayu meningkat 10 peratus serta lima peratus bagi undi bukan Melayu terhadap BN dan ia membuktikan gerak kerja yang dibuat sejak PRU13 mula menampakkan hasil positif.

“Kami telah mengatur serta melaksana strategi yang lebih mantap bagi mengatasi dakyah serta dasar politik kebencian yang ditanam oleh DAP serta sekutunya,” kata Saarani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Kota Taman.

Pada PRU13, BN Perak memenangi 31 kerusi DUN, DAP (18), manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi. – BERNAMA

Tags: Datuk Saarani MohammadLim Kit SiangUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Insiden Pelanggaran Kapal Tak Libatkan Nelayan Johor

Next Post

Ahli Peniagaan Tawar Diri Jadi Presiden Kafa

Related Posts

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Ahli Peniagaan Tawar Diri Jadi Presiden Kafa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd