• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kiko, Shahrel, Muka Baharu Sertai Latihan Pusat

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Pahang, Kiko Insa dan penyerang kelab PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi merupakan antara 11 muka baharu yang disenaraikan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada untuk menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan selama seminggu bermula 14 Ogos ini di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan pengendali kelahiran Portugal itu turut memanggil semula dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – Aidil Zafuan Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang dikeluarkan daripada kem latihan pusat Jun lalu kerana kecederaan.

Baki tujuh muka baharu lain terdiri daripada penjaga gol Farhan Abu Bakar dan Fitri Omar (Kedah), Darren Lok dan Mohd Fadhli Shas (JDT), Mohd Nasir Basharuddin dan Nazrin Nawi (Perak) dan pemain Felda United, Wan Zack Haikal Wan Nor.

Kenyataan itu menyebut hanya 13 daripada 26 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sulung di bawah kendaliannya sebelum ini ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Lebanon pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2019, 13 Jun lalu, dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.

FAM memaklumkan Vingada turut menggugurkan 11 daripada 26 pemain yang dipanggil sebelum ini.

Mereka adalah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Afif Amiruddin, Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Safee Sali dan Mohd Nazrin Syamsul Bahri (PKNS FC) serta empat pemain JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli, S Chanthuru dan Azammuddin Akil.

Dua pemain Pahang iaitu Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih pula dilepaskan untuk bersama skuad Bawah 22 tahun kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.

Sesi latihan pusat adalah sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa kategori ‘A’ untuk bertemu Syria (22 Ogos), Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos)  sebelum berdepan Hong Kong pada aksi kedua Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September ini.

Senarai 24 pelatih:

Penjaga gol:Farhan Abu Bakar (Kedah), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor)

Pemain Pertahanan: Rizal Ghazali, Fitri Omar dan Khairul Helmi Johari (Kedah), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Fadhli Shas (JDT), Shahrom Kalam dan Nazirul Naim Che Hashim (Perak)

Pemain Tengah: Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon dan Akram Mahinan (Kedah), Safiq Rahim dan Mohd Amirulhadi Zainal (JDT), Mohd Nasir Basharuddin dan Mohd Nazrin Nawi (Perak), Kiko Insa dan Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United)

Penyerang: Ahmad Hazwan Bakri dan Darren Lok (JDT), Shahrel Fikri Mohd Fauzi (PKNP FC). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

46 Pembimbing Ibadah, 3 Pakar Rujuk Bantu Jemaah

Next Post

Hoo-Woon Mara Separuh Akhir Terbuka New Zealand

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

Hoo-Woon Mara Separuh Akhir Terbuka New Zealand

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd