• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Jawatankuasa Perkasa Mahkamah Syariah

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tujuan memperkasakan sistem perundangan Syariah secara keseluruhan selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Beliau berkata inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik demi kepentingan umat Islam dan keprihatinan kerajaan terhadap semua input yang diterima daripada semua pihak.

“JKMMS merupakan satu platform yang berwibawa bagi menambah baik sistem perundangan kehakiman syariah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jamil Khir berkata beberapa kluster akan diwujudkan di bawah jawatankuasa ini membincangkan perkara berkaitan pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah; cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355);  pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah; latihan hakim dan pegawai syariah; pendidikan undang-undang syariah; dan hal ehwal berkaitan peguam syari’e.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan dianggotai wakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara dan aktivis masyarakat, mantan pimpinan tertinggi sektor awam serta tokoh-tokoh berwibawa dalam hal perundangan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terengganu Semakin Tempah Tiket Ke Liga Super Musim Depan

Next Post

Annuar Tak Hasrat Sambung Khidmat Pengerusi Mara

Related Posts

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak...

Next Post

Annuar Tak Hasrat Sambung Khidmat Pengerusi Mara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd