• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Tambang ECRL Tidak Membebankan

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan persekutuan memberi jaminan tambang bagi perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak akan membebankan pengguna.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memperuntukkan sejumlah subsidi bagi menangggung sebahagian daripada tambang yang dikenakan terhadap pengangkutan awam tersebut, sama seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

“Tiada negara di dunia ini yang membuat keuntungan melalui perkhidmatan awam. Umpamanya MRT, saya difahamkan tidak kurang 50 peratus kerajaan menanggung subsidi untuk tambang bagi perkhidmatan itu.

“Kalau ikut kos (pembinaan) memang tinggilah dan dalam masa sama subsidi yang diberikan bergantung kepada kewangan kerajaan. Bagaimanapun, gaji rakyat akan sentiasa meningkat dan mereka kena realisitik. Apapun kita akan pastikan tambang yang dikenakan adalah berpatutan,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata demikan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan di Wisma Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan akan mengenakan tambang yang tinggi terhadap perkhidmatan ECRL memandangkan kos pembinaannya adalah sangat tinggi.

Mengulas pembinaan ECRL di Kelantan, Mustapa berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion untuk pengambilan 445 hektar tanah bagi pembinaan 70 kilometer (km) landasan serta lima stesen keretapi berkenaan.

“Pembinaan ECRL di Kelantan akan melalui dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan pembinaan landasan kereta api sepanjang 46 km dari sempadan Terengganu-Kelantan dan pembinaan tiga stesen iaitu Tok Bali, Jelawat dan Tunjong. Fasa kedua pula membabitkan pembinaan landasan sepanjang 24 km dengan dua stesen iaitu di Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor,” katanya.

Mustapa berkata ECRL dijadual memulakan pembinaan stesennya di Tunjong pada hujung bulan ini membabitkan kawasan seluas lima hektar.

Projek mega ECRL yang melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 km dalam tempoh enam tahun dengan kos RM55 bilion, akan memendekkan masa perjalanan pergi-balik ke pantai timur Semenanjung, selain bakal menjadi pemangkin pertumbuhan serta kesan limpahan ekonomi dan impak sosial positif bagi negeri-negeri pantai timur. – BERNAMA

Tags: ECRLKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buaya Seberat 300kg Ditemui Di Miri

Next Post

Pemohon RMMJ Diminta Kemas Kini Pendaftaran

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Pemohon RMMJ Diminta Kemas Kini Pendaftaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd