• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kek Buah 106 Tahun Ditemui Di Antartika Boleh Dimakan

oleh
15/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Kek buah mungkin jenis popular disajikan semasa musim perayaan. Namun kek kukus ini tidak boleh dibeli di mana-mana. Kenapa? Kerana kek ini berusia lebih 100 tahun!

Baru-baru ini hidangan kek buah itu menarik perhatian dunia apabila ia ditemui bersalut ais di Antartika. Ia dipercayai milik seorang penjelajah Britain, Robert Falcon Scott, menurut kumpulan Antartic Heritage Trust (AHT).

Lebih menarik lagi, kek buah tersebut dikatakan sudah berusia genap 106 tahun namun didapati masih lagi boleh dimakan tanpa apa-apa masalah besar, menurut badan warisan yang berpangkalan di New Zealand itu.

BACA :

Merdeka Sale! Jualan Murah Hijab Bunga Beauty

Kek berkenaan, yang dipercayai dibawa Scott dalam jelajah Terra Nova beliau antara tahun 1910-1913, dijumpai di sebuah bangunan tertua Antartika yang digunakan pasukan beliau pada tahun 1911, menurut kumpulan AHT.

Makanan tersebut secara kebetulan ditemui dalam keadaan masih berais dan ia digulung elok dengan kertas serta dalam sebuah “tin” milik sebuah syarikat biskut Britain dikenali sebagai Huntley & Palmers.

Terdapat dokumen yang mengesahkan Scott membawa jenama kek itu semasa menjelajah, tambah AHT, sebuah kumpulan tidak jana keuntungan yang banyak menceburi dalam bidang perniagaan “penjelajah muda”.

Pengurus Program Artifak AHT, Lizzie Meek dalam satu kenyataan berkata, bahawa apa yang mengejutkan mereka kerana kek tersebut masih baik lagi ketika ditemui meskipun sudah berumur lebih satu abad.

“Terdapat sedikit aroma mentega tengik tetapi selain daripada itu, ia kelihatan dan berbau seperti masih boleh dimakan. Tidak dapat dinafikan kesejukan di Antartika yang membantu kek ini dipelihara,” katanya.

Kek berkenaan adalah antara 1,500 artifak yang berjaya dikumpulkan dari dua buah pondok oleh sepasukan aktivis penyokong pemuliharaan yang bekerja di tapak tersebut sejak Mei 2016.

“Menemui kek buah sebagai antara artifak adalah satu kejutan yang baik,” tambah Meek. Namun, mengapa kek buah menjadi pilihan para penjelajah di Kutub Selatan pada zaman dahulu sehingga kini?

“Ia satu makanan bertenaga yang sesuai bagi keadaan di Antartika,” jelasnya, sambil berseloroh: “Dan ia hidangan kegemaran masa ini apabila kita melakukan perjalanan ke kawasan itu!” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Antartikakek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

33 PATI Cuba Keluar Dari Negara Secara Haram Ditahan

Next Post

Bidaan Nombor Pendaftaran RR Catat Sejarah

Related Posts

Kes Varian Pirola Dijangka Melonjak Seminggu Lagi

Tiada Larangan Tulis Ucapan Krismas Di Kek – JAKIM

17/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tiada larangan dikenakan ke atas pemegang sijil halal menulis ucapan perayaan pada...

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

19/07/2023
0

PETALING JAYA — Seorang wanita meluahkan kekecewaan di media sosial apabila kek yang ditempah rakannya dengan seorang peniaga tidak seperti...

Next Post

Bidaan Nombor Pendaftaran RR Catat Sejarah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd