• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Khairul Hafiz Detik Kebanggaan Malaysia

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Khairul Hafiz Jantan meraih ‘ibu pingat’ sukan olahraga iaitu emas acara pecut 100m lelaki merupakan satu detik yang sangat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.

Khairul Hafiz menamatkan penantian selama 14 tahun untuk melihat seorang rakyat Malaysia menjuarai acara riben biru itu malam tadi, selepas kali terakhir dimenangi oleh Nazmizan Muhammad pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam dengan catatan 10.48s.

Dengan Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan dalam masa seminggu lagi, ‘The Speedy Jantan’ berusia 19 tahun daripada Melaka itu memberikan satu lagi kejayaan membanggakan kepada seluruh rakyat apabila menjuarai acara 100m dengan menewaskan juara bertahan Eric Cray daripada Filipina selepas mencatatkan 10.38s di Stadium Nasional malam tadi.

Turut berkongsi kebanggaan itu ialah bekas jaguh pecut negara dan juara Sukan Asia 1982, Datuk Rabuan Pit yang hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada kebangkitan generasi baharu itu.

“Kejayaan itu sungguh membanggakan… walaupun kali pertama Khairul Hafiz beraksi di pentas Sukan SEA, beliau dapat menyumbangkan pingat emas dalam acara yang dianggap ‘climax event’ bagi olahraga. Walaupun beliau tidak dapat capai catatan peribadi terbaiknya (10.18s), pingat emas itu cukup bermakna.

“Saya jumpanya untuk memberikan motivasi ketika upacara perasmian Sukan SEA pada Sabtu lalu. Beliau memang seorang yang anak yang baik, rendah diri, menghormati orang tua dan mempunyai disiplin yang baik walaupun telah menjadi seorang atlet yang popular. Saya berharap beliau akan mengekalkan karakter itu selama-selamanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kejayaan Khairul Hafiz semalam, ditambah dengan peluang bertemu dengan beberapa bekas atlet negara seperti Nur Herman Majid (lari berhalangan) dan Mirnawan Nawawi (hoki) mengembalikan perasaan nostalgia legenda itu.

Bagi legenda pecut negara Watson Nyambek yang juga dikenali sebagai ‘The Flying Iban’, kejayaan Khairul Hafiz akan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara dalam melahirkan raja pecut.

“Tahniah kepada beliau. Saya nak lihat beliau di peringkat tertinggi selepas ini seperti Olimpik, seperti mana yang saya pernah wakili negara satu ketika dahulu,” katanya.

Watson, pemegang rekod acara 100m Sukan Malaysia selama 21 tahun dengan catatan 10.30saat sebelum diperbaharui Khairul Hafiz pada Sukma di Kuching, tahun lepas dengan catatan 10.18s, turut pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada 1996 dan Sydney (2000).

Nazmizan berkata kejayaan malam tadi sebagai pembakar semangat buat Khairul Hafiz dan skuad olahraga negara untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada temasya dwitahunan itu.

“Tahniah KHJ (Khairul Hafiz Jantan), saya berbangga dengan kejayaan anda, moga ini jadi pembakar semangat untuk atlet lain dan buru dua lagi emas dalam 200m dan 4×100 pada Sukan SEA ini.

“Teruskan momentum juara ini untuk anda menjelmakan pencapaian lebih bermakna pada Sukan Asia 2018 nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Taufan Hato, Vietnam Airlines Semak Jadual Penerbangan

Next Post

Siti Nordiana Kekok Jadi ‘Kekasih’ Fikry Ibrahim

Related Posts

Khairul Hafiz Hanya Catat 10.70s

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Aksi pertama Khairul Hafiz Jantan pada musim ini tidak seperti yang dijangkakan apabila raja pecut negara itu...

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

08/12/2018
0

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan...

Next Post

Siti Nordiana Kekok Jadi 'Kekasih' Fikry Ibrahim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd