• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanibal Serah Diri Bosan Makan Daging Manusia

oleh Ahmad Albab
23/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAPE TOWN – Seorang lelaki yang disyaki membunuh sebelum memakan mayat mangsa ditangkap selepas dia menyerah diri kepada polis dan membawa cebisan mayat manusia sebagai bukti.

Lelaki itu yang juga seorang bomoh datang ke sebuah balai polis Afrika Selatan di bandar Estcourt pada Jumaat lalu dan berkata: “Saya sudah penat memakan daging manusia.”

Polis pada mulanya tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu menyebabkan suspek menunjukkan beberapa anggota badan manusia yang dibawanya sebagai bukti.

Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di mana beberapa mayat dan potongan anggota badan manusia ditemui.

Susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki kerana disyaki terbabit merogol, membunuh, memotong dan memakan mayat mangsa.

Semua suspek ditahan sebelum didakwa di sebuah mahkamah majistret di bandar itu dan tidak dibenarkan diikat jamin.

Seorang pegawai perbandaran, Mthembeni Majola berkata, kemungkinan banyak mangsa yang menjadi korban kumpulan lelaki berkenaan.

“Polis yang menyiasat kes ini menemui lapan telinga di dalam satu periuk di sebuah rumah suspek,” jelasnya.

Jurucakap polis, Charmaine Struwig memberitahu, tiga suspek didakwa atas tuduhan membunuh dan seorang lagi atas dakwaan menyimpan organ manusia. – Agensi/myMetro Online

Tags: Afrikakanibal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes COVID-19 Afrika Cecah 9.51 Juta

29/12/2021
0

ADDIS ABABA: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit...

Anggota Polis Tembak Mati 6 Orang Termasuk Isteri Sebelum Bunuh Diri

07/12/2021
0

NAIROBI: Seorang anggota polis berpangkat konstabel di Kenya dilaporkan menembak mati enam orang termasuk isterinya sebelum bertindak membunuh dirinya. Lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd