• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Tunggu Tetapi Cikgu Tak Kunjung Tiba”

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – “Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung tiba. Rupa-rupanya cikgu terkorban dalam kemalangan,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Awang Jabar, Jambu Bongkok, di sini, Muhammad Abdin Syakirin Ahmad Yusop, 17, selepas gurunya, Zaimah Abdul Rahman, 54, maut dalam kemalangan pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Pasir Putih, di sini, Zaimah memandu Perodua Viva ke SMK Datuk Awang Jabar untuk mengadakan kelas tambahan bagi persediaan pelajarnya menduduki SPM tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Zaiman bertembung dengan sebuah PROTON Saga BLM dari arah Dungun ke Kuala Terengganu yang terbabas ke laluan bertentangan, menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk teruk.

Kejadian tragis itu turut meragut nyawa dua beradik tiri, Penyelia Asrama SMK Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Dungun, Rohimah Baru, 54, dan Pembantu Tadbir SMK Imtiaz Dungun, Kamariah Draman, 44, yang menaiki PROTON Saga BLM.

Muhammad Abdin Syakirin berkata, gurunya itu yang mengajar Bahasa Melayu dan tinggal di Kuaters Penjara Marang sepatutnya memulakan kelas tambahan pada jam 8 pagi.

“Kelas kami sepatutnya bermula jam 8 pagi, namun cikgu masih tidak sampai sehingga jam 8.30 pagi.

“Kami menyangka cikgu ada urusan lain atau perkara lebih penting menyebabkan kelas kami mungkin dibatalkan,” katanya.

Dari kiri: Zaimah Abdul Rahman, Rohimah Baru dan Kamariah Draman. – Foto Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, dia kemudian menerima mesej di WhatsApp berhubung kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva sebelum terkejut mendapati kereta itu milik gurunya.

“Saya dan beberapa pelajar lain yang terkejut bergegas ke tempat kejadian. Kami sedih apabila dimaklumkan cikgu sudah meninggal dunia, dia guru yang sangat baik dan mesra dengan pelajarnya,” katanya.

Sementara itu, suami Zaimah, Samsudin Awang Kechik, 53, berkata, beliau tidak menyangka isterinya meninggal dunia sebelum sempat mereka mengerjakan umrah bersama-sama di Makkah akhir tahun ini.

“Pagi tadi (semalam) isteri meminta izin keluar lebih awal kira-kira jam 7 pagi ke sekolah untuk ke kelas tambahan.

“Saya berpesan supaya memandu berhati-hati kerana hujan lebat. Tidak sangka itu kali terakhir kami berbual dan bersalaman,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam. – Berita Harian

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Gurukemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukan SEA: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

Next Post

KL2017: Temasya Terakhir ‘The Pocket Rocketman’

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

Guru Tidak Perlu Cetak e-RPH Setiap Minggu – KPM

01/05/2025
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara...

Next Post

KL2017: Temasya Terakhir 'The Pocket Rocketman'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd