• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Reput ‘Sambut Jiran Baru’

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW JERSEY – Sebuah keluarga di sini yang kematian orang yang mereka sayang bertambah sedih apabila melihat satu kaki reput terjulur keluar di dalam kubur si mati ketika majlis pengebumiannya kelmarin.

Sandra Butler berada di tanah perkuburan Mount Holiness untuk mengebumikan bapanya, Cleveland Butler, 85, apabila dia dan keluarganya yang lain melihat kaki reput itu dari kubur sebelah terjulur keluar di atas keranda bapanya.

Seorang anggota keluarga sempat merakam gambar kejadian menggerunkan itu yang menunjukkan kaki berkenaan dengan plastik dan kain yang sudah reput membalutnya.

“Ia sungguh menyayat hati. Mulanya, bapa saya meninggal dunia dan kemudian, melihat kaki reput di atas kerandanya,” kata Sandra kepada akhbar New York Daily News.

Bagaimanapun, keluarga itu lebih terkejut apabila pekerja tanah perkuburan itu tidak mempedulikan apa yang berlaku, sebaliknya terus menimbus kubur bapa Sandra.

“Tidak ada siapa yang memberitahu apa-apa kepada kami. Ia seolah-olah perkara biasa,” katanya.

Adik Sandra, Alonzo berkata, dia begitu marah kerana pekerja berkenaan tidak cuba menyiasat kaki itu dan keluarga itu berkata, mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, pemilik tanah perkuburan itu, James Shmergel dan penjaganya, Bill Plog berkata, kejadian seumpama itu biasa berlaku di tanah perkuburan.

“Kubur itu sudah lama dan perkara seperti itu memang biasa berlaku di tanah perkuburan,” kata Plog. – Agensi/myMetro Online

Tags: kuburMayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Terus Menurun

Next Post

Lebih 4 Juta Wanita Saudi Tidak Bersuami

Related Posts

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Tanah Runtuh Miri: Mayat Kedua Ditemukan Tertimbus

Tanah Runtuh Miri: Mayat Kedua Ditemukan Tertimbus

29/01/2025
0

KUCHING - Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi,...

Next Post

Lebih 4 Juta Wanita Saudi Tidak Bersuami

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd