JIKA dulu pernah tular kerana baju raya Hello Kittynya, sekarang kakak Hello Kitty kembali mengisi ruang di laman sosial apabila khabarnya kakak kita ini sudah buka kedai makan pula.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai ‘air sirap bandung’ yang dicampurkan dengan nasi putih. Haaaa.. jangan terkejut ya. Sebenarnya ‘air sirap bandung’ itu ialah kuah gulai masak lemak.
“Air masakan sayur bayam sebenarnya berwarna merah. Warna merah jambu itu terhasil bila lemak santan yang berwarna putih dicampurkan dengan air merah sayur bayam,” kata Afina memetik laporan sebuah akhbar.

Dikhabarkan, gambar-gambar makanan dan gerai yang berwarna pink itu merupakan kepunyaan kakak Hello Kitty kita yang juga seorang usahawan butik.
Menurut Yus Amina Mohd Zawizah, 27, gerainya yang terletak di Medan Selera Jalan Duta di Kuala Lumpur itu baru saja beroperasi dua minggu lepas.
Afina juga turut menyatakan gerai makan ini dibuka adalah kerana kontroversi baju Hello Kittynya tular pada musim raya lalu.
“Selama ini orang asyik tanya nak beli baju Hello Kitty sampai saya pun dipanggil kakak Hello Kitty ke mana-mana saya pergi.
“Jadi saya alihkan tumpuan mereka dengan membuka gerai Hello Kitty. Tak perlu tanya pasal baju lagi, tapi kalau mereka nak rasa makanan Hello Kitty, mereka boleh datang ke gerai,” ujarnya.
Menurutnya lagi, gerai yang beroperasi seawal 6 pagi hingga 2 petang itu menyediakan juadah sarapan pagi seperti nasi lemak yang berwarna merah jambu dan nasi berlaukkan ayam goreng kunyit bersama sayur bayam gulai masak lemak merah jambu untuk tengah hari.

“Semua menu dijual pada harga berpatutan, dan pelanggan akan diberikan air percuma, iaitu air teh ‘o’ untuk set sarapan pagi dan air Hello Kitty (air strawberi) bagi set makanan tengah hari,” tambahnya lagi.
Haa.. kepada sesiapa yang menggemari Hello Kitty dan warna pink tu bolehlah rasanya singgah ke kedai kakak Hello Kitty ni ya. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim