• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017 Suka Rendah Diri

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017, Daniel Fiedieans Maideh atau dikenali sebagai Olan Todak, merupakan pelajar yang disenangi guru dan rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat dekat sini kerana sikapnya yang  merendah diri dan suka membantu.

Guru Besar sekolah itu Rahmat Ariffin berkata selain berpewatakan baik, Daniel tidak menggunakan kemahirannya dalam seni pertahanan diri Muay Thai untuk membuli rakan sekolah.

“Daniel seorang yang murah senyuman dan pendiam serta tidak pernah menggunakan kelebihan dimilikinya itu untuk mengganggu orang lain,” katanya kepada Bernama.

Malah kata  Rahmat, murid berusia 12 tahun itu mempunyai kriteria pemimpin kecil dan pernah memegang jawatan ketua kelas sewaktu di tahun empat dan lima.

Rahmat juga mendedahkan pihak sekolah hanya tahu bakat Daniel dalam Muay Thai pada tahun lalu kerana anak kelahiran Kampung Tanjong Batu Tengah itu hanya mengetengahkan bakat dalam bidang olahraga sebelum ini.

“Di peringkat sekolah Daniel hanya menunjukkan bakat sebagai atlet olahraga untuk acara 100m, 200m dan 4x100m kerana selalu mewakili rumah sukan sekolah.

“Kami mengetahui bakatnya itu pada tahun lalu selepas dia mengikut satu pertandingan Muay Thai di sini dan kemenanganya merangkul gelaran juara remaja dunia itu merupakan satu kebanggaan seluruh warga Tawau kerana mengangkat nama Tawau dan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Beliau juga percaya kejayaan Daniel merangkul kejuaraan dunia itu hasil bimbingan datuknya Basri Manaf yang juga bekas peninju amatur Sabah.

Semalam dilaporkan Daniel dinobatkan Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017 selepas mengetepikan lawannya dari Uzbekistan dalam pertarungan akhir tiga pusingan  dengan catatan 10-9, 10-9, 10-9  bagi kategori lelaki 12-13 tahun dalam pertandingan yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada Selasa.

Pada mulanya Daniel  tidak dianggap sebagai calon menang ekoran susuk tubuhnya yang kecil berbanding peserta dari negara lain.

Kejayaan kelmarin itu menyusuli  penguasaannya pada Kejohanan Remaja Kebangsaan di Damansara Utama, Kuala Lumpur  pada 6-9 Julai lalu yang turut menyaksikan si cilik tersebut  bergelar juara. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikram Nafi Seleweng Wang Zakat, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyelewengan pengurusan...

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd