• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Sensitif Dengan Kenyataan Schooling

oleh Ahmad Albab
10/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terlalu sensitif dengan kenyataan “mengajar mereka satu dua perkara” oleh juara renang Olimpik Singapura Joseph Schooling.

Khairy berkata rakyat Malaysia perlu berkongsi kegembiraan dan penghormatan bahawa Schooling merupakan satu-satunya pemenang pingat emas Olimpik daripada Asia Tenggara dalam acara renang.

“Jangan terlalu memberi tumpuan pada perkara itu,” katanya dan menurutnya apa yang lebih penting adalah untuk ingat bahawa ibu Schooling berasal dari Malaysia dan menurut Khairy beliau sendiri tidak fikir bahawa perenang itu mempunyai niat negatif apabila mengungkapkan perkataan itu.

Menegaskan bahawa temasya dwitahunan itu sepatutnya diraikan dengan meriah, beliau berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan.

Khairy berkata demikian selepas merasmikan Pusat Media Utama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Perenang berumur 22 tahun itu berkata komennya tentang akan kembali ke “halaman belakang Malaysia” pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan “mengajar mereka satu dua perkara “ telah disalah faham dan diambil di luar konteks, menurut laporan Channel NewsAsia.

“Saya sebenarnya bercakap mengenai atlet muda yang akan pergi ke sana, dan mengajar semua atlet muda tentang satu dua perkara dan untuk menjadikan Sukan SEA sebagai langkah pertama untuk menyertai sukan dan kejohanan lebih besar dan lebih baik di masa depan,” Schooling dipetik berkata demikian.

Sukan SEA secara rasminya berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos membabitkan 404 acara daripada 38 sukan. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinperenang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd