• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IWK Kutip 87% Bil Tertunggak

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mengutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil perkhidmatan pembetungan tertunggak yang terkumpul sejak 1997, kata Pemangku Ketua Pegawai Operasi IWK Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid.

Beliau berkata usaha proaktif IWK memberi kesedaran kepada pengguna terhadap kepentingan perkhidmatan pembetungan.

“Kadar kutipan bil IWK menunjukkan perkembangan positif dengan pelbagai inisiatif diambil antaranya bertemu pelanggan, menghantar surat peringatan serta kempen kesedaran.

IWK tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarkan pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran untuk membayar bil secara efisien amat diperlukan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat IWK di sini hari ini.

Mohamed Haniffa berkata walaupun IWK sebelum ini berdepan jumlah tunggakan bil pembetungan yang tinggi, namun syarikat pembetungan nasional itu mampu bertahan lebih 20 tahun hasil  pengurusan  cekap  kakitangannya.

Mohamed Haniffa berkata IWK mengenakan caj perkhidmatan premis domestik yang sangat rendah iaitu RM8 sebulan dan bil dihantar kepada pengguna setiap tiga bulan.

“Bayangkan betapa rendah caj yang kami kenakan sejak 20 tahun lepas tanpa sebarang kajian semula. Ini jelas menunjukkan kerajaan memainkan peranan yang besar memperuntukkan sejumlah wang bagi melancarkan operasi IWK,” katanya.

Beliau berkata IWK sentiasa memastikan loji olahan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip pembetungan awam dikendali dan diselenggara dengan cekap demi menjaga kebersihan alam sekitar selain melindungi kesihatan pengguna daripada penyakit berjangkit bawaan air seperti kepialu, taun dan polio.

Mohamed Haniffa berkata IWK sehingga kini mempunyai 3.6 juta pengguna meliputi 87 kawasan  pihak  berkuasa tempatan (PBT), kecuali Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta PBT di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Daripada jumlah itu,  sebanyak 3.2 juta pengguna adalah pelanggan domestik (800,000 daripada jumlah itu merupakan pengguna yang menetap di kawasan perumahan kos rendah) manakala selebihnya  adalah  pelanggan bukan domestik,” katanya.

IWK menjalankan operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam bagi 6,566 buah loji olahan kumbahan termasuk paip pembetungan awam bawah tanah sepanjang 18,293 kilometer.

Syarikat itu mengamalkan sistem pembetungan moden dan efisien bagi memastikan kumbahan dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut.

Mohamed Haniffa berkata beliau akan memastikan tiga objektif IWK iaitu memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam serta mewujudkan perseki­taran bersih dan selamat tercapai berlandaskan Transformasi IWK 2020 (TI2020) yang menekankan sistem pengurusan cekap. – BERNAMA

Tags: BilIWK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori Domestik Diselaras Sejak Oktober 2022 – IWK

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan bagi kategori domestik diselaraskan sejak Oktober lalu,...

Kerajaan Jamin Pengebilan Bersepadu Tidak Naikkan Tarif IWK

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memberi jaminan pengebilan bersepadu air dan pembetungan Indah Water Konsortium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd