• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Kekal Pemangku Pengerusi SPAD

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kekal sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata kedudukan Mohd Isa tidak harus dipertikaikan memandangkan beliau hanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan tiada pertuduhan dikenakan.

“Bagi kami, beliau masih pemangku pengerusi… kedudukan beliau masih lagi sama, lagipun kuasa melantik adalah di tangan perdana menteri.

“Tidak timbul soal kena tunggu kes selesai kerana beliau belum dituduh dan tiada tuduhan pun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lesen teksi individu kepada kumpulan ketiga di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibu pejabat SPAD di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai status Mohd Isa yang dibebaskan semalam selepas direman lima hari bagi membantu siasatan kes pembelian hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya bilakah Mohd Isa akan kembali ke pejabat, Nancy menjawab: “Terpulang kepada beliau, bila-bila beliau mahu lagipun beliau bukan pengerusi eksekutif. Beliau tidak perlu duduk di pejabat setiap hari. Sekarang kita ada pelbagai aplikasi seperti WhatsApp jadi mudah untuk berhubung atas urusan kerja.”

Beliau berkata tiada sebarang sekatan dan terpulang kepada Mohd Isa untuk hadir ke mana-mana acara yang dijalankan oleh SPAD, dan sebaliknya ketidakhadiran beliau juga tidak mengganggu perjalanan tugasan suruhanjaya itu.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan meskipun tanpa kehadiran pengerusi… kalau tiada pengerusi, anggota suruhanjaya akan melantik di antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Kami menjalankan tugas macam biasa juga… kita ada menteri, anggota suruhanjaya… ia tidak mengganggu tugas harian kami,” katanya.

Pada majlis itu 300 pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak di bawah syarikat teksi, menerima lesen individu dan 88 daripada penerima lesen itu turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu untuk digunakan sebagai teksi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy ShukriIsa SamadSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

10/02/2026
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, 76, akan menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd