• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Inilah Jalan Tenang Buat Kakak” – Eyka Farhana

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUKAR buat pelakon Eyka Farhana menerima hakikat bahawa satu-satu kakaknya iaitu Wan Anis Farhana yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) meninggal dunia pada 23 Ogos lalu.

Eyka ketika dihubungi berkata dia terkesan dengan pemergian Allahyarham kerana dia bukan sahaja menganggap Anis sebagai kakak tetapi teman baiknya.

“Memang sukar saya terima hakikat ini tetapi saya sekeluarga reda kerana inilah jalan yang tenang buat kakak, syurga tempat kakak.

“Allah meminjamkan kakak selama 24 tahun kepada kami dan kehadirannya telah menceriakan kehidupan kami semua walaupun dia seorang OKU.

“Kakak banyak mengajar saya untuk menghargai kehidupan terutamanya keluarga dan saya sebenarnya bukan sahaja kehilangan kakak tetapi seorang teman baik,” katanya kepada mStar Online.

Anis yang meninggal dunia di kediaman keluarga di ibu negara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.40 malam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru dekat sini.

Bercakap lanjut mengenai kakaknya, Eyka berkata, kesihatan arwah mula merosot sejak beberapa bulan lalu dan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tenang.

“Sehari sebelum kakak meninggal saya sempat meluang masa bersamanya, dapat peluk cium kakak dan tengok kakak tenung semua orang.

“Pada hari dia meninggal saya berada di set penggambaran dan dia di serang sawan dan memang hendak membawanya ke hospital.

“Tetapi ketika itu kami sedar dia sudah hendak ‘pergi’ sebelum meninggal dunia dengan tenang di rumah,” katanya.

Sementara itu, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka bercakap dengannya.

Mengimbau kenangan bersama kakaknya, Eyka berkata, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka berkomunikasi dengannya.

Kata Eyka, dia akan merindukan saat arwah mengejutkan setiap pagi selain setia menunggunya pulang daripada set penggambaran.

“Kalau saya balik lambat dari kerja kakak mesti tunggu saya pulang dan dialah orang yang akan mengejutkan saya bangun pagi.

“Tetapi sekarang… Kakak walaupun dia OKU tetapi dia faham apa yang dikatakan kepadanya selain mampu mengesot walaupun tidak boleh berjalan.

“Keletahnya sentiasa menceriakan kami sekeluarga dan sekarang terasa seperti kosong tanpanya,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd