• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haji: Elak Terdedah Lama Di Kawasan Terbuka

oleh Ahmad Albab
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya banyak minum air, elak terdedah terlalu lama di kawasan terbuka serta mendapatkan rehat secukupnya berikutan perubahan cuaca sehingga kadang kala mencecah 43 darjah celsius di Tanah Suci Makkah.

Pegawai Perubatan Jeddah 1438 Hijrah, Dr Mohd Rohisham Zainal Abidin berkata peringatan itu penting bagi memastikan jemaah haji berada dalam keadaan sihat dan boleh melaksanakan ibadah dengan selesa.

“Semasa kursus bersiri haji di tanah air juga sudah diberikan taklimat modul pendidikan kesihatan kepada jemaah tentang cuaca dan keadaan di sini (Tanah Suci).

“Kita juga tidak galakkan jemaah berada di luar maktab penginapan dan berada terlalu lama di kawasan lapang atau terdedah kepada cuaca panas terik kerana boleh menyebabkan strok haba atau dehidrasi,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Jeddah di sini.

Portal Saudi Gazette pada 8 Ogos lepas, melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mewujudkan pusat pencegahan strok haba yang canggih di Mina dengan menyediakan pelbagai kemudahan.

Pengarah Kesihatan Arab Saudi, Ahmed Abdussalam dalam laporan portal itu, menasihatkan jemaah haji, pekerja dan pegawai yang terlibat dalam operasi haji supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap serangan strok haba.

Ahmed dilaporkan berkata cuaca panas itu juga boleh mengakibatkan pelbagai jenis kanser kulit, kulit terbakar dan alahan.

Dalam pada itu, Dr Mohd Rohisham menggalakkan jemaah membawa ubat sendiri, terutama mereka yang menghidap penyakit berisiko tinggi seperti kencing manis dan darah tinggi, dengan disertakan deskripsi ubat-ubatan itu.

Beliau berkata ia bagi memudahkan pihak berkuasa Arab Saudi ketika memeriksa buku rekod kesihatan atau bagasi jemaah haji.

Mengenai proses ketibaan jemaah haji dari tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah, beliau berkata bahagian kesihatan akan membantu setiap jemaah, terutama warga emas serta mereka yang uzur dan memerlukan perhatian perubatan.

“Semasa ketibaan, pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi akan memeriksa secara rambang buku rekod kesihatan jemaah untuk memastikan mereka telah mendapatkan suntikan. Setakat ini, tiada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Rohisham berkata tiada jemaah Malaysia yang dirujuk ke hospital di sini, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.

“Jemaah hanya kepenatan dan selesema. Pemeriksaan kesihatan yang dibuat semasa di tanah air telah banyak membantu di Tanah Suci ini kerana pegawai perubatan boleh mengenal pasti masalah kesihatan setiap jemaah,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

50 Kes Kebakaran Direkodkan JBPM Perak

Next Post

Joy Berang Didakwa Jadi Punca Retak Rumah Tangga

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Joy Berang Didakwa Jadi Punca Retak Rumah Tangga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd