• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haiwan Korban Diperiksa Pastikan Bebas Penyakit

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Haiwan ternakan yang akan disembelih pada ibadah korban sempena Aidiladha yang disambut esok disarankan diperiksa dahulu untuk memastikan ia bebas daripada wabak penyakit.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata sehubungan dengan itu, individu yang hendak menyembelih haiwan ternakan sebaiknya mendapatkan permit dari Jabatan Veterinar untuk memastikan kesihatan haiwan ternakan tersebut dalam keadaan baik.

“Walaupun binatang ternakan tersebut fizikalnya nampak sihat tetapi kita perlu periksa untuk kepastian… kerana secara mata kasar kita tidak nampak bahawa haiwan tersebut tidak sihat atau membawa sebarang wabak penyakit.

“Jadi saya menasihatkan agar individu yang hendak menyembelih haiwan ternakan untuk ibdah korban perlu mendapatkan permit Jabatan veterinar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Yusof berkata sunat bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam ibadah korban seelok-eloknya menyembelih sendiri tetapi jika tidak mampu untuk melakukannya sendiri, memadai jika mereka dapat menyaksikan ibadah korban berkenaan.

Dalam pada, itu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid di Istana Seri Menanti manakala Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Masjid Imam Haji Kahar Kompleks Pusat Islam Rantau. – BERNAMA

Tags: Haiwan KorbanMufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanggal 31 Ogos 1957, Tarikh Keramat Penuh Makna

Next Post

Najib Lancar Festival Seni Antarabangsa KL 2017

Related Posts

No Content Available
Next Post

Najib Lancar Festival Seni Antarabangsa KL 2017

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd