• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geely Wajar Rombak Pengurusan Proton

oleh
06/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN melulu kalau boleh dikatakan bahawa kumpulan pengurusan Proton Berhad sekarang dianggap sebagai pasukan yang gagal.

Keadaan Proton yang nazak, serta ketidakupayaan pasukan pengurusan sekarang melaksanakan pelan perniagaan yang komprehensif antara punca Proton nazak hampir muflis.

Proton sebelum ini menerima bantuan kerajaan dengan pinjaman mudah RM1.5 bilion bagi menyelamatkan operasinya yang sudah di hujung tanduk.

Kini, pelabar baharu Proton, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) dilaporkan giat mencari calon terbaik sebagai Pengerusi Proton.

Pastinya, calon berpengalaman yang faham ekosistem pasaran automobil. Namun, seorang pengerusi baharu kalau tanpa pasukan yang mantap, tidak akan menjamin Proton mampu kompetetif.

Menurut laporan portal industri automotif China, Gasgoo, Geely setakat ini belum menemui calon yang dicari. Atau sebenarnya sudah ada namun belum diumumkan.

Calon paling popular ialah tokoh permotoran terkenal China, Li Chun Rong.

“Geely meninjau di serata dunia untuk mendapat nama sesuai menjadi Pengerusi Proton dan Chun Rong dilaporkan berminat,” kata Naib Presiden Geely, Yang Xueliang kepada Gasgoo.

Chun Rong ketika ini adalah Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company.

Geely mengambil alih 49.9 peratus ekuiti PROTON dan 51 peratus saham dalam Lotus Group daripada DRB-Hicom.

Geely juga dikatakan memiliki hak terhadap dua jawatan utama dalam Proton.

Pastinya ia munasabah memandangkan Proton kini dilihat memiliki pasukan yang lemah, tidak kondusif dan penuh dengan rekod kegagalan.

Malah, adalah wajar Geely membawa calon luar asalnya berkarismatik. Namun persoalannya, sekiranya Geely terus bergantung pada pasukan sedia ada meneruskan hala tuju baru: Apakah pasukan ini celik pembaharuan?

Tags: GeelyProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd