• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FMM P.Pinang Harap LRT Bayan Lepas Direalisasikan

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang berharap projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di negeri itu dapat direalisasikan.

Pengerusinya, Datuk Dr Ooi Eng Hock berkata beliau melihat LRT sebagai jalan penyelesaian yang optimum terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Pulau Pinang sekarang.

Pembinaan LRT Bayan Lepas juga dipercayai boleh menjadi sebahagian daripada enjin pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang untuk 20 tahun akan datang, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami percaya bahawa pelaburan, sama ada dalam bentuk FDI (pelaburan langsung asing) atau daripada syarikat-syarikat tempatan dan luar, akan bertambah dengan pelaksanaan LRT sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi negeri dan juga Malaysia.

“Kami juga bersetuju bahawa peningkatan penggunaan pengangkutan awam dan memperbaiki aksesibiliti ke kawasan-kawasn kediaman, komersial dan perindustrian adalah penyelesaian yang paling optimum untuk masalah kesesakan di negeri itu,” katanya.

Pada 11 Ogos lalu, FMM telah mengadakan sesi penglibatan yang berhasil dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar LRT Bayan Lepas.

Menurut kenyataan itu, semasa taklimat tersebut FMM Pulau Pinang telah dimaklumkan negeri berkenaan akan mempunyai dua stesen LRT yang dirancang di FIZ (Free Industrial Zone), dengan satu stesen di kawasan Fasa 1 dan Fasa 2 (FIZ Utara dan FIZ Selatan) sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

FMM Pulau Pinang juga mengusulkan beberapa cadangan antaranya waktu operasi LRT harus mengambil kira waktu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; memastikan tambang LRT berpatutan; LRT perlu dilengkapkan dengan rangkaian bas perantara dan memastikan kemudahan parkir mencukupi.

Projek pembinaan LRT Bayan Lepas merupakan inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Pembinaan LRT Bayan Lepas dijangka merangkumi 27 stesen dengan jajaran sepanjang 29.5 kilometer. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Ooi Eng HockFMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan Kepada Pekerjaan Menawarkan Gaji Lebih Tinggi – FMM

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan Kepada Pekerjaan Menawarkan Gaji Lebih Tinggi – FMM

03/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 perlu diterjemahkan kepada pekerjaan yang menawarkan...

Perkenal Semula GST Untuk Tangani Dilema Hutang Negara – FMM

Perkenal Semula GST Untuk Tangani Dilema Hutang Negara – FMM

05/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2023....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd