• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizikal Saya Masih Mampu Untuk Beraksi

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun senior negara, Leong Mun Yee belum terlintas untuk bersara daripada sukan terjun walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun.

Malah atlet kelahiran Ipoh, Perak itu berkata keadaan fizikalnya masih mampu untuk beraksi di pentas kejohanan dan setakat ini tidak mengalami apa-apa kesukaran.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada ini adalah Sukan SEA terakhir saya atau tidak. Kalau rasa prestasi bagus lagi … hendak teruskan lagi.

“Saya rasa prestasi saya masih bagus dan malah lebih baik daripada sebelum ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mun Yee yang membuat penampilan kesembilannya di temasya dwitahunan itu sejak 1999, akan beraksi dalam acara 10m platform seirama bersama Traicy Vivien Tukiet dan platform campuran seirama bergandingan dengan pendatang baharu Jellson Jabilin.

Dalam pada itu, Mun Yee berkata gandingannya bersama Jellson tidak menghadapi masalah untuk memberi saingan, walaupun masih baharu.

Katanya, walaupun keputusan untuk menggandingkan beliau dan Jellson dibuat pada saat akhir, tapi mereka cepat mencapai keserasian.

“Pada saya Jellson bagus. Kita baharu bergandingan dan menjalani latihan sekali di China.

“Bagi saya, acara campuran ini pun sesuatu yang baharu dan rasanya cabaran akan datang daripada Singapura,” katanya.

Skuad terjun negara menyasarkan untuk menyapu bersih kesemua 13 pingat yang dipertandingkan dalam acara itu yang akan membuka tirai pada 26 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: Leong Mun Yee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandalela, Mun Yee Hadiahkan Pingat Pertama Negara

15/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Pasangan terjun negara, Pandalela Rinong-Leong Mun Yee mengakhiri kemarau pingat Malaysia di Kejohanan Akuatik Dunia Fina ke-18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd