• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filipina, Vietnam Ungguli Pentas Lawan Pedang

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filipina dan Vietnam hari ini mengungguli acara lawan pedang Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) hari ini dengan masing-masing memperoleh pingat emas kategori foil individu lelaki dan epee individu wanita.

Brennan Wayne Louie dari Filipina menewaskan rakan senegaranya Nathaniel Perez pada perlawanan akhir dengan pungutan mata 15-14.

Peserta Singapura, Jet Ng Shang Fei dan Sopanut Mayakarn dari Thailand berkongsi pingat gangsa.

Bagi acara epee individu wanita, Nguyen Thi Nhu Hoa dari Vietnam menewaskan Hanniel Abella dari Filipina pada perlawanan akhir dengan pungutan mata 15-10.

Pingat gangsa dikongsi bersama atlet Filipina, Harlene Raguin dari Filipina dan Nguyen Thi Quyen dari Vietnam.

Tiga atlet Malaysia pula kecundang pada peringkat suku akhir bagi kedua-dua acara itu.

Bagi kategori foil individu lelaki, Cheng Xin Hang tewas 15-10 kepada Sopanut dan Hans Yoong Wei Shen tumpas 9-15 di tangan Brennan.

Che Ku Nur Aida Che Ku Rahim pula tewas 15-14 ke atas Nguyen Thi Nhu Hoa bagi kategori epee individu wanita, manakala Yap Jing Xuan tersingkir pada pusingan kelayakan.

Ketika ditemui pemberita Che Ku Nur Aida, 27 berkata kecederaan lutut kirinya menjadi faktor kegagalannya untuk beraksi cemerlang.

Beliau yang menyepi hampir 10 tahun selepas menyertai Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, hanya berlatih selama dua bulan bagi menghadapi KL2017 berikutan kekangan kerja sebagai pegawai belia dan sukan di Universiti Malaysia Kelantan.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana layak ke suku akhir walaupun hampir 10 tahun saya meninggalkan sukan ini,” kata pemegang pingat emas Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan 2017 itu. – BERNAMA

Tags: lawan pedang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pedang Salahuddin Al-Ayubbi Memeningkan Pengkaji Barat

30/11/2021
0

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd