• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Tak Terasa Digelar ‘Kayu’ Oleh Que

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK terkesan dengan kritikan pelakon Que Haidar terhadap artis baharu sekarang yang lebih bersandarkan rupa semata-mata tetapi lakonan ‘kayu’, Fattah Amin mula bersuara.

Tegasnya, semua orang berhak mengeluarkan pendapat. Namun Hero Suri Hati Mr. Pilot itu turut berkata kenyataan Que itu dibuat secara umum dan tidak menjejaskan dirinya langsung.

“Bagi saya, tak kira orang biasa, selebriti atau peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Lagipun, dalam kenyataan dia tidak ada pula menyebut nama sesiapa. Jadi, perkara itu dikatakannya secara umum.

“Sama juga dengan peminat yang kadang-kadang apa yang dikatakan atau komen itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu,” ujar Fattah kepada mStar Online.

Sebelum ini, menerusi laman sosialnya, Que menegur pelakon baharu yang tiada inisiatif meningkatkan kemahiran mutu lakonan dan masih lagi ‘kayu’.

Teguran itu membuatkan segelintir pihak membuat andaian ia berkemungkinan ditujukan kepada Fattah memandangkan sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai pelakon ‘kayu’.

Sementara itu, Fattah kini sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya iaitu adaptasi bahasa Malaysia siri popular Korea Selatan berjudul Coffee Prince.

Menariknya, dalam siri ini Fattah bergandingan dengan Janna Nick pula yang juga merupakan kawan lamanya.

Jadi, kata Fattah, mereka tidak menghadapi masalah untuk mewujudkan keserasian.

“Saya dan Janna memang sudah berkawan sebelum bermula penggambaran dan pernah bekerjasama dengan klien produk yang sama.

“Tapi untuk lakonan, ini kali pertama kami berganding dan Alhamdulillah tidak ada masalah untuk cari keserasian.

“Malah, kami bawa hubungan persahabatan ini dalam drama supaya lebih senang untuk menjiwai watak,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd