• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Rekod 1,005 Tangkapan Bagi Tempoh Januari – Jun

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merekodkan tangkapan 1,005 pesalah terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu khas yang dijalankan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kesemua pesalah terbabit ditangkap kerana melanggar beberapa akta termasuk Akta Imigresen 1959, Akta Kastam 1967, Akta Perikanan 1985, Akta Kawalan Bekalan 1961, Enakmen Hutan 1968, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Senjata Api 1971 dan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

“Operasi bersepadu yang dijalankan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penguat kuasa seperti Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Imigresen Sabah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan dan agensi lain.

“Kita dapati semua PATI yang ditangkap telah dikenal pasti bukan mereka yang terlibat dengan kumpulan militan daripada Malaysia, Indonesia mahupun Filipina,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Markin @ Marcus Majigoh (BN-Putatan) mengenai jumlah tangkapan penjenayah yang masuk ke perairan dan sempadan Sabah terutama melibatkan kumpulan militan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Menjawab soalan Marcus mengenai kejayaan yang dicapai Esscom, Shahidan berkata antaranya melibatkan kejayaan menghalang pencerobohan kali kedua oleh kumpulan penjenayah dari selatan Filipina dan menggagalkan 13 cubaan culik di perairan Pantai Timur Sabah sejak empat tahun penubuhannya.

“Esscom juga telah mengambil langkah melakukan penyamaran di atas bot nelayan semasa Op Coral di mana kesan daripada itu Pasukan Gerakan Am (PGA) telah berjaya menembak mati tiga anggota militan Abu Sayyaf pada 8 Dis 2016 di perairan Pulau Pom Pom. Sejak itu tidak ada lagi kejadian penculikan di kawasan berkenaan,” katanya.

Selain itu, melalui autogerak pasukan keselamatan dan aset di sempadan negara, bahagian perisikan Esscom dan pasukan Polis Marin turut mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina dalam membanteras isu-isu keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah melalui kerjasama risikan dan penyelarasan daripada pasukan kedua-dua negara.

“Hasil kerjasama ini, sebahagian besar penjenayah rentas sempadan berjaya dihapuskan.  Oleh demikian keadaan di sempadan bertambah baik namun Esscom sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Poster Filem Dikecam, Ini Jawapan Ahmad Idham

Next Post

Ganjaran Istimewa Buat Atlet KPM – Datuk Seri Madhzir

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

Next Post

Ganjaran Istimewa Buat Atlet KPM - Datuk Seri Madhzir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd