BARU-BARU ini timbul desas-desus mengatakan teraju watak utama dalam drama Enot, Aliza Abdullah kononnya sedang mengalami penyakit misteri.
Hal itu berikutan tersebarnya gambar baharu pelakon itu yang tampak lebih kurus berbanding sebelum ini.
Pelakon yang lebih mesra disapa Enot ini telah menjawab spekulasi itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik satu posting menafikan kenyataan tersebut.
“Sekali lagi akak nak tekankan di sini saya dah sihat. Saya sakit dua tahun lepas. Alhamdulillah saya dah fully recover, so janganlah cakap saya sakit sebab tu kurus. Itu macam mendoakan saya sakit kembali,” tulisnya di laman Instagram @enot_78.
Enot mengakui berat badannya telah berjaya diturunkan sebanyak 29 kilogram, tetapi penurunan berat badan itu bukanlah kerana sakit yang pernah dialaminya.
Dia juga menyatakan yang dia sudah sembuh daripada penyakit yang pernah dialaminya dua tahun lepas.
Oleh sebab itu, Enot memohon agar netizen menghentikan cakap-cakap yang mengatakan dirinya sakit kerana ia seperti mendoakan dia sakit semula.
Pelakon dan juga pelawak ini turut berharap agar pihak-pihak di luar sana menghentikan spekulasi berkenaan demi anak-anaknya.
“Tolong jangan ungkit lagi kata saya sakit. Saya tak larat nak jawab dengan anak-anak, kenapa orang cakap mama masih sakit? Kenapa orang macam doakan mama sakit balik?” tulisnya lagi.
Akuinya lagi, minuman detox Lemonex yang diambilnya turut memberi kesan positif kepada perubahan fizikalnya kini.
Jadi, netizen di luar sana, janganlah mengada-adakan cerita yang tak enak didengar ya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim