• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Barangan Halal Negara RM42 Bilion Tahun Lepas

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eksport barangan halal negara berjumlah kira-kira RM42 bilion tahun lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata separuh daripadanya terdiri daripada makanan dan minuman halal.

“Sebanyak RM12 bilion telah dilaburkan dalam industri halal di Malaysia dengan syarikat-syarikat yang terlibat telah berjaya mencipta sebanyak 11,000 peluang pekerjaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) mengenai perkembangan Industri Halal Hab di Malaysia, di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan telah meluluskan pinjaman sebanyak RM19.78 juta kepada 51 syarikat perniagaan mikro perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di Sabah di bawah Business Accelerator Programme (BAP) setakat ini.

Beliau berkata sebanyak RM12.78 juta pula diperuntukkan kepada 89 syarikat PKS di negeri itu di bawah Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP) setakat Jun tahun ini.

“Sepanjang tahun 2014 hingga tahun ini, sebanyak RM2.27 juta geran telah diluluskan kepada belia-belia usahawan dalam latihan melengkapkan pengetahuan mereka bagi mengusahakan perniagaan sendiri di bawah SME Corp,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom).

Raime ingin mengetahui jumlah usahawan IKS mengikut negeri terutamanya di Sabah serta peratusan perniagaan mikro PKS yang perlu diberi bantuan dan bimbingan dalam bidang keusahawanan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai kesedaran dalam menggalakkan ekonomi berteraskan digital oleh kerajaan terhadap keusahawanan, Ahmad berkata kementerian akan terus membantu PKS menerusi pelbagai program untuk menggalakkan e-dagang dalam kalangan peniaga dan usahawan.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ragbi Mahu Cipta Sejarah Raih Emas Sukan SEA

Next Post

Tetapkan Ajaran Al-Quran Pada Anggota Keluarga

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

Next Post

Tetapkan Ajaran Al-Quran Pada Anggota Keluarga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd