• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sabah Lulus Bajet Tambahan RM698.612 Juta

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2017 membabitkan RM698,612,570.

Terdahulu ketika membentangkan rang undang-undang itu, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan tambahan itu adalah untuk beberapa perbelanjaan.

“Sebahagian besar daripada jumlah Anggaran Perbekalan Tambahan 2017 iaitu sebanyak RM478,862,706 adalah diperlukan untuk tujuan pelarasan akaun semata-mata untuk mematuhi peraturan perakaunan.

“Ini bermakna hanya RM219,749,864 yang sebenarnya melibatkan pengaliran wang tunai,” katanya.

Musa berkata peruntukan tambahan terbesar melibatkan aliran tunai sebanyak RM117.125 juta bagi menampung keperluan mendesak di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur meliputi perbelanjaan pembelian bekalan air dan pengendalian loji-loji air di seluruh Sabah serta bagi melunaskan pembayaran tunggakan kepada syarikat konsesi air.

Katanya, selain itu, Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2017 juga melibatkan penyediaan peruntukan sebanyak RM19.154 juta bagi menampung perbelanjaan penyelenggaraan sistem perparitan utama dan kerja pengairan dan saliran di seluruh negeri.

“Manakala sejumlah RM28.797 juta pula diperuntukkan untuk pembayaran bil utiliti dan selebihnya sejumlah RM54,673,364 bagi membiayai perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan pentadbiran pejabat,” katanya.

DUN Sabah turut meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah 2004 bagi meminda Seksyen 30(1) enakmen itu berhubung pelantikan Ketua Pendakwa Syarie.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Arif berkata pindaan itu bagi memastikan jawatan Ketua Pendakwa Syarie kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Jelasnya, pindaan itu tidak lagi tertakluk kepada Seksyen 7 enakmen sama yang mana jawatan itu ditadbir dan diuruskan oleh kerajaan pusat.

Mohd Arifin berkata dengan pindaan Seksyen 30(1) enakmen itu juga memperuntukkan kuasa Yang Dipertua Negeri yang boleh melantik Ketua Pendakwa Syarie daripada kalangan penjawat awam negeri yang layak.

“Cadangan pindaan itu sangat diperlukan bagi membolehkan pengisian jawatan Ketua Pendakwa Syarie dilakukan oleh kerajaan negeri dan dapat mengelakkan kes-kes Mahkamah Syariah menjadi kes tertunggak disebabkan kekosongan jawatan ini.

“Pengisian jawatan Ketua Pendakwa Syarie ini juga untuk memastikan agar urusan masalah umat di negeri ini tidak terjejas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa AmanRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Ditangguh, 10 RUU Lulus

17/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas 29 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 melabuhkan tirai hari ini dengan 10 rang...

RUU Langkah Sementara COVID-19 Dibentang Kali Kedua

18/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) yang dinamakan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus (COVID19) 2020) dibentangkan di Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd