• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duit Simpanan Habis Punca Kembali Ke Singapura

oleh AK-47
03/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG kata ajal, maut, rezeki mahupun jodoh terletak di tangan Tuhan. Artis juga tidak terlepas dari sebarang dugaan hidup. Begitu juga dengan pelakon cantik, Atikah Suhaime.

Pelakon kelahiran Singapura ini mengakui terpaksa pulang ke Singapura selepas enam bulan tidak mendapat tawaran berlakon dari mana-mana produksi di Malaysia.

BACA:  Atikah Suhaime Tarik Diri, Dah Penat Jadi Pelakon?

“Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan,” kata teraju utama filem Pencuri Hati Mr. Cinderella yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos ini.

Kehabisan duit simpanan membuatkan Atikah nekad pulang ke Singapura dan terpaksa bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di sana sejak Julai lalu.

“Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,” tambahnya lagi.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 26, menerusi laman sosial Instagram miliknya turut menjelaskan dia perlu mencari semangatnya yang hilang sebelum kembali beraksi di pentas hiburan semula.

Menerusi gambar yang dimuat naiknya beberapa hari lalu itu, dia mengakui turut merindui kehidupan lamanya yang lebih dekat dengan keluarganya.

Begitulah resam kehidupan, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Apa-apa pun kita doakan saja yang terbaik untuk Atikah. – MYNEWSHUB / Aisyah Karim

Tags: Atikah SuhaimePencuri Hati Mr. Cinderella
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Jodoh, Atikah Tak Dapat Tunjuk Skil Masak

07/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Hasrat memasak untuk suami pada Ramadan tinggal impian buat pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime. Jika mengikut...

“Terima Kasih Ibu,” Luah Awi Rafael

19/03/2019
0

PENYANYI, Awi Rafael yang kini sedang bercuti untuk berehat, sempat berkongsi luahan hati terhadap ibunya. Menurut penyanyi berusia 33 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd