• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut, Tiga Cedera Bot Kargo Terbakar

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Dua kru bot kargo warga tempatan maut manakala tiga lagi cedera selepas bot dinaiki mereka terbakar dipercayai akibat letupan besar di perairan Kampung Padang, Pulau Banggi, dekat sini semalam.

Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 7 petang itu dikenali sebagai Jafar Janidil, 61, dan rakan sekerjanya Sahlan Ashadan, 27.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Kudat LK (M) Wan Isma’aun Wan Hamat berkata tiga lagi mangsa iaitu Azmain Nawali, 45, Mohd Kamarudin Jafar, 26, dan Mohamad Nasaruddin Jafar, 10, yang melecur sedang dirawat di Hospital Kudat.

“Kita menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 7.03 petang daripada orang awam yang melihat bot itu terbakar. Sejurus, kita mengarahkan dua bot untuk bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot kargo yang membawa muatan minyak petrol sebanyak 10,000 liter itu dalam perjalanan dari Kudat ke Pulau Banggi untuk menghantar minyak bagi kegunaan di pulau berkenaan.

“Apabila sampai di Kampung Padang kru bot telah menjalankan proses pemindahan minyak dan semasa proses itu berlaku kejadian letupan besar yang mengakibatkan bot itu terbakar,” katanya.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa kini masih di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi untuk urusan dokumentasi dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: botTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd