• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Aksem

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) 2017 yang bertujuan mengawal keselamatan sempadan darat Malaysia daripada apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata akta tersebut juga bertujuan meningkatkan peranan yang dilaksanakan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum ini menerusi kerjasama pelbagai agensi dengan bilangan anggota terlibat menjadi lebih besar.

“Tanpa menambah perjawatan baharu dan tanpa menambah belanjawan baharu, kita mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara dengan melakukan ‘redeployment’ dengan menyerap masuk anggota UPP dan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke dalam Aksem ini.

“Ertinya semua 933 anggota yang dahulunya di bawah UPP digabungkan bersama dengan PGA dengan keseluruhan pasukan Aksem kini seramai 10,800 orang anggota tanpa melibatkan kos baharu,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali kedua hari ini dan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat menerusi undian suara.

Pembentangan akta itu antara lain bertujuan untuk melibatkan kerjasama lima agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Malah, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga akan ditambah bagi meningkatkan kekuatan agensi tersebut.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan berlaku pertindihan tugas di antara semua agensi terlibat mahupun pelanggaran akta sedia ada.

“Kita akan membuat putaran kerja setiap tiga bulan agar setiap bulan kita ada pegawai baharu yang bertugas di sempadan untuk menguatkan lagi penguatkuasaan undang-undang persempadanan darat,” katanya. – BERNAMA

Tags: AKSEMDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiLulus RUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd