• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dah Biasa Berlawak, Achey ‘Diarah’ Keluar Zon Selesa

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali dalam industri hiburan. Baru-baru ini dengarnya Achey perlu tampil serius di set. Mengapa ya?

Watak Ali sebagai jurukamera di dalam filem Abang Long Fadil 2 ini yang menuntut Achey supaya serius dalam lakonannya. Jauh sekali berbeza dengan watak yang sering dibawakannya.

Syafiq Yusof yang juga pengarah filem Abang Long Fadil 2 menghalangnya berada di dalam zon selesa dan meminta supaya mencari pembaharuan dalam lakonan apabila dia cuba menyuntik unsur komedi di dalam babak pertama filem tersebut.

“Saya agak takut, malah tertanya-tanya mampukah saya menjual bakat apabila membawa watak serius. Sebagai pengarah, Syafiq yakin saya mampu menyerlah dan tidak hanya terikat dengan watak komedi.

“Sudut pandangannya itu membawa saya ke tahap berbeza, sekali gus menjadikan lakonan saya lebih fleksibel kerana berani keluar dari ruang selesa,” katanya.

Achey turut mengakui dia sedikit tertekan pada awal pengambaran dan gusar dengan penerimaan peminat tentang watak serius yang perlu dibawanya dalam filem yang bakal ditayangkan 24 Ogos ini.

“Saya sudah terbiasa berlawak, tetapi apabila tidak boleh melakukannya, saya agak tertekan. Alhamdulillah, ramai yang memberikan komen positif terhadap percubaan terbaharu saya itu,” katanya memetik laporan BH Online.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini turut dibintangi Zizan Razak sebagai teraju utama, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Wak Doyok dan A Galak.

Menurut pemegang title Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 itu, dia menemui kepuasan tersendiri apabila beraksi di layar perak menerusi filem pertamanya, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang disiarkan tiga tahun lalu.

“Jika mahu mengekalkan bakat dan nama, produksi TV menjadi pilihan kerana sasaran penontonnya lebih besar. Tetapi, untuk mengembangkan profil dan mencari kelainan, filem membantu menyerlahkan bakat saya sebagai artis serba boleh,” tambahnya lagi.

Achey yang bakal menyertai pertandingan Superspontan Superstar bulan hadapan berkata jadual kerjayanya semakin sibuk sejak awal tahun lalu sejak membabitkan diri dalam segmen Prof Achey di saluran radio Era FM.

Orang kata kalau kita keluar dari comfort zone kita ni, barulah kita boleh cabar diri kita sendiri.  Moga terus sukses Achey! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Abang Long Fadil 2Achey
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tengok Depan Mata Lagi Perit’

21/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Achey mengaku 'mati akal' melihat mangsa banjir tinggal sehelai sepinggang hingga tidak mampu meluahkan kata...

Achey Bawa Baju Abam Sambut Fad Di KLIA

12/02/2020
0

KITA kena kuat ya chey (Achey)... dapat semangat aku balik, demikian luahan sebak Fad Bocey apabila bertemu sahabatnya Achey di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd