• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chinlone, Gabungan Antara Sukan Dan Tarian

oleh
16/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH buat skuad Chinlone telah menghadiahkan pingat emas pertama buat negara dalam acara yang berlangsung di stadium Titiwangsa, semalam.

Sejak tiga hari pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29, nampaknya Malaysia kini berada di landasan yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, mesti ramai yang tertanya apa itu sukan chinlone? Bagaimana cara ia dimainkan? Bagaimana pula dari segi kiraan mata?

Okay, jom kita go through sikit pasal sukan ni….

Chinlone atau dikenali sebagai caneball merupakan sukan kebangsaan tradisional di Myanmar yang wujud sejak 1,500 tahun lalu di mana pada asalnya bertujuan untuk menghiburkan keluarga diraja Burma.

Sukan ini dimainkan oleh seramai enam orang dalam satu pasukan. Ia seakan-akan sama seperti sepak takraw atau sepak raga bulatan.

Namun apa yang membezakan ialah dimainkan dalam keadaan bulat dan terdapat seorang pemain di tengah bulatan tersebut.

Chinlone ialah sejenis sukan yang menggabungkan antara sukan dan juga tarian di mana dipengaruhi oleh seni bela diri dan tarian tradisional Burma atau kini disebut Myanmar.

Ia memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola mengikut disiplin berdasarkan kategori dan tanpa menggunakan tangan.

Chinlone terbahagi kepada empat kategori iaitu non-repetition event (primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event (secondary).

Memetik sumber sebuah portal tempatan, kiraan mata untuk Chinlone adalah menerusi setiap timbangan sempurna yang dilakukan setiap pemain dalam masa hanya 10 minit.

Ini bermakna, pasukan yang berjaya melakukan paling banyak timbangan dalam tempoh waktu ditetapkan itu berbanding lawannya, akan dikira sebagai pemenang perlawanan.

Acara ini telah diperkenalkan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar. Negara itu berjaya merangkul enam pingat emas ketika pertama kali dipertandingkan.

Myanmar merupakan kuasa terbesar dalam sukan ini namun negara tersebut tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan untuk Sukan SEA tahun ini kerana mereka hanya menyertai dispilin same stroke.- MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Atlet Sukan SEASukan SEA KL 2017
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Sultan Nazrin Sampai Insentif Pemenang Sukan Sea KL2017

17/12/2017
0

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penyampaian Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak dan Program...

Atlet Terjun Wendy Ng Gagal Ujian Doping Sukan SEA

26/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai atlet terjun yang gagal ujian doping ketika Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd