• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cheow Lin Tambah Pingat Perak Acara Windsurfing

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Skuad pelayaran nenagar menambah satu lagi pingat perak melalui kategori Windsurfing RS One Wanita pada cabaran hari kelapan acara pelayaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan. di sini hari ini.

Pingat itu dimenangi Geh Cheow Lin, pemenang pingat emas dalam acara Windsurfing Terbuka (Campuran) pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis tiga tahun lalu, dengan memperoleh 26 mata penalti, berbanding pelayar Thailand, Siripon Kaewduang Ngam yang merangkul emas dengan 19 mata penalti.

Pingat gangsa pula dimenangi pelayar Singapura, Nicole Lim Si Ning dengan 37 mata penalti.

Satu lagi perlumbaan penentuan pingat yang dijadualkan akan berlangsung pagi ini iaitu kategori Windsurfing RS One Lelaki, terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang akibat hujan lebat.

Pelayar negara, Ilham Wahab, yang mewakili negara dalam kategori itu, berada di tangga ketiga dengan 26 mata penalti setelah mengakhiri sembilan perlumbaan semalam, dan tidak mustahil untuk memperoleh perak atau pun gangsa hari ini.

Ini berikutan hanya lima mata yang membezakan kedudukannya dengan pelayar Filipina, Geylord Coveta dan pelayar Thailand, Natthaphong Phonoppharat yang masing-masing mempunyai 21 mata penalti ketika ini.

Semalam, kem pelayaran negara menambah dua lagi pingat emas menerusi kategori International 470 Lelaki dan International 420 Lelaki.

Setakat ini, skuad pelayaran sudah meraih tiga emas, dua perak dan satu gangsa, dan ini menunjukkan mereka semakin hampir mencapai sasaran lima emas dalam acara tersebut.

Lima perlumbaan penentuan pingat esok akan membabitkan kategori Laser Radial Lelaki, Laser Radial Wanita, Optimist Lelaki, Optimist Wanita dan Laser Radial Standard. – BERNAMA

Tags: Acara WindsurfingCheow Lin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd