• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CCTV Dedah Taktik Licik Dua Penyeluk Saku Di KLCC

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita ingin berbelanja di sebuah butik pakaian terbantut apabila jadi mangsa ‘seluk’ dua wanita warga asing dalam kejadian di pusat beli belah Suria KLCC, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.48 petang itu, modus operandi yang digunakan oleh penjenayah adalah dengan berpura-pura membelek pakaian bagi mengkaburi mata mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek berbadan gempal pada mulanya dilihat berpura-pura membelek pakaian sebelum menghampiri mangsa bersama suaminya yang sedang leka memilih pakaian.

Suspek kemudian bergerak menghampiri belakang mangsa dan cuba membuka zip beg sandangnya tanpa disedari oleh suami dan wanita itu.

Manakala, seorang lagi suspek dilihat membelek pakaian lalu dan mengangkatnya keatas bagi mengkaburi mata orang ramai yang berada di butik berkenaan.

Menurut suami mangsa, kehilangan dompet isterinya disedari ketika ingin membuat pembayaran di premis berlainan tidak jauh daripada butik yang dikunjunginya sebelum itu.

“Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri oleh dua wanita ini di Butik ZARA, Suria KLCC.

“Sangat licik perbuatan mereka, mungkin guna ilmu pukau sebab saya dan isteri memang tidak sedar langsung walaupun isteri dihimpit-himpit seperti dalam video,” tulis Muhamad Hafiz Rejab di laman Facebook.

Difahamkan, laporan polis telah dilakukan dan kedua suspek yang dipercayai berusia lingkunangan 40-an itu dikatakan masih bergiat aktif melakukan kegiatan samunnya itu.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli belah dan sebaiknya pastikan beg tangan berada di bahagian hadapan bagi mengelak kejadian yang sama berulang.  – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes samunKLCCPenyeluk Saku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd