• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku POCA Nukilan Ahmad Zahid Dilancarkan

oleh Ahmad Albab
15/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Buku ‘POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah’ hasil tulisan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilancarkan hari ini yang akan menjadi bahan rujukan berautoriti mengenai Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan supaya tiada fakta yang tercicir.

Buku berkenaan mengandungi lima bab dengan 315 muka surat termasuk penerangan terperinci, gambar, jadual dan rajah yang berkaitan untuk menjadi bahan bacaan yang bermutu dan rujukan berautoriti.

“Saya memulakan usaha menulis buku ini dengan bantuan sidang editorial. Niat saya tiada lain hanya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan kerana saya terbabit secara langsung dalam keseluruhan proses kewujudan akta ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata POCA digubal untuk disesuaikan dengan suasana semasa apabila jenayah semakin kompleks seiring dengan ledakan perkembangan ICT yang mewujudkan dunia tanpa sempadan.

​​​​​​​”Proses ini tidak mudah dan sangat panjang,” katanya pada pelancaran buku itu di sini hari ini yang turut dihadiri dua Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Beliau berkata penggubalan POCA bermula dengan perbincangan panjang lebar dalam mesyuarat kabinet dan diikuti siri penglibatan bersama masyarakat awam menerusi perjumpaan dalam sesi dialog.

Seminar serta forum jenayah turut diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas seluruh rakyat Malaysia mengenai akta itu, katanya.

Pandangan segenap lapisan masyarakat dikaji dan akta itu kemudiannya dibahaskan di Dewan Rakyat dan seterusnya di Dewan Negara.

Ahmad Zahid berkata buku itu mempunyai petikan Penyata Rasmi Parlimen (hansard) yang menerangkan keseluruhan proses dan prosedur penggubalan dan perbahasan POCA di Parlimen.

Sebanyak 3,000 naskhah buku berkenaan sudah terjual setakat ini. – BERNAMA

Tags: POCAZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd