• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun melalui detik cemas apabila terperangkap hampir sejam di dalam kereta ibunya di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, PBK II Mohd Anuar Amdzah berkata dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa difahamkan sedang menemani ibunya ke sebuah klinik di Taman Setia Indah, di sini untuk berurusan.

Namun ketika ibunya keluar seketika, pintu kereta terbabit tiba-tiba terkunci dari dalam menyebabkan wanita berkenaan panik lalu menghubungi pihak bomba.

Beliau berkata seramai tiga anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan.

“Apabila bomba tiba, mangsa didapati sedang duduk di tempat penumpang depan dan bomba telah menggunakan dawai penyangkut di celah pintu bagi menarik punat kunci kereta,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kanak-kanak itu kemudiannya berjaya dikeluarkan daripada kereta berkenaan kira-kira 10.50 pagi tanpa sebarang kecederaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd