• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Lancar Karnival Kewangan Sabah

oleh AK-47
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan Karnival Kewangan Sabah 2017  bagi meningkatkan tahap kesedaran awam mengenai perkhidmatan kewangan, pengurusan kewangan dan perlindungan pengguna.

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata karnival tiga hari bermula hari ini juga bertujuan untuk mendekatkan institusi kewangan dan agensi berkaitan dengan orang awam, terutamanya rakyat Sabah.

“Karnival kewangan ini akan memberi orang ramai peluang unik bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan.

“Malah, Sabah juga menunjukkan prestasi kemajuan pembangunan negeri yang memberangsangkan dengan pertumbuhan ekonomi mencatat 6.1 peratus pada 2015,” katanya ketika berucap pada di majlis perasmian Karnival Kewangan Sabah 2017 dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO).

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi FINCO Tan Sri Azman Hashim.

Karnival yang bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’, bertujuan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmatan sedia ada yang boleh membantu menguruskan kewangan dengan lebih berkesan.

Muhammad turut menjemput pengunjung ke ruang pameran yang disediakan khususnya tapak pameran BNM bagi berkongsi aspirasi rakyat Sabah di bawah Transformasi 2050 dan bagaimana sektor kewangan dapat menyokong aspirasi tersebut.

Program hari ini menghimpunkan 40 penyedia perkhidmatan kewangan, persatuan dan agensi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kewangan. – BERNAMA

Tags: BNMGabenor Datuk Muhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd