• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Keluar Duit Syiling Sempena Sukan SEA

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua spesifikasi iaitu syiling perak berwarna (pruf) dan syiling emas Nordic.

Katanya, duit syiling pruf diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 seberat 31.10 gram setiap keping, bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM230 sekeping manakala nilai muka duit syiling emas Nordic adalah RM1 dengan harga jualan RM10 sekeping.

“Hanya 700 keping duit syiling peringatan perak berwarna dan 13,000 keping duit syiling peringatan emas Nordic ditempa,” katanya pada majlis pelancaran duit syiling tersebut di Wisma Radio RTM hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Datuk Seri Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Penyiaran. Datuk Abu Bakar Ab Rahim.

Saravanan berkata duit syiling tersebut juga boleh didapati dalam set dua dalam satu yang akan dijual pada harga RM280 setiap set dan hanya 1,300 set sahaja disediakan.

Sementara itu, Adnan Zaylani berkata contoh duit syiling itu akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin ini di pejabat BNM di sini, Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Kuala Terengganu, Terengganu.

“Jualan duit syiling ini akan bermula pada 29 Ogos. Maklumat lanjut mengenai jualan duit syiling akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan,” katanya.

Duit syiling rekaan staf BNM, Nurul Iman Azwan itu mempamerkan maskot rasmi temasya tersebut iaitu Rimau pada bahagian hadapan selain perkataan ‘Sukan SEA ke-29’ dan ‘Sukan Para ASEAN ke-9’ tertera pada keliling bahagian atas serta bawah duit syiling.

Tema temasya sukan berkenaan iaitu ‘Bangkit Bersama’ turut diletakkan pada bahagian hadapan duit syiling tersebut.

Bahagian belakang duit syiling itu pula memaparkan perkataan ‘Bank Negara Malaysia’ pada bahagian atas duit syiling dan nilai muka tertera pada bahagian bawah, manakala bahagian tengah duit syiling menunjukkan logo rasmi temasya sukan itu iaitu Wau Bulan. – BERNAMA

Tags: BNMSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd