• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Selangor Sedih Nama Baik Unisel Terpalit Isu

oleh Ahmad Albab
23/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini meluahkan rasa sedih dan bimbang melihat nama baik Universiti Selangor (Unisel) yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan BN pada 1999 demi mengangkat martabat pendidikan di Selangor kini terpalit isu demi isu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata hasrat kerajaan negeri pada ketika itu ialah menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan serantau yang unggul namun kini nasib mahasiswa Unisel dan kakitangannya terus terabai dengan isu tanpa noktah yang membelenggu institusi pendidikan berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata UMNO dan BN Selangor memandang serius siasatan berkaitan Unisel yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut.

Serbuan yang dilakukan SPRM ke atas pejabat universiti di kampus Unisel di sini serta pejabat syarikat swasta Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Bestari Jaya dan di Desa Pandan serta pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) harus membuka mata semua pihak akan urus tadbir negeri Selangor yang semakin hari semakin bercelaru, katanya.

Beliau berkata pada masa sama, UMNO dan BN Selangor tidak mahu hanya ‘ikan bilis’ sahaja disiasat termasuk mereka yang dijadikan ‘kambing hitam’, sebaliknya berharap siasatan SPRM akan membawa pencerahan kepada isu tersebut dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“UMNO dan BN Selangor akan terus melakukan politik matang dan percaya rakyat Selangor akan dapat menilai sejauh mana retoriknya pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PKR ini,” katanya.

Semalam, SPRM menggeledah lima premis di lima lokasi berbeza untuk mendapatkan maklumat dan dokumen bagi membantu siasatan dipercayai berhubung penyelesaian pertikaian kontrak antara Unisel dan JNSB.

Lima lokasi yang telah diserbu oleh pasukan siasatan SPRM ialah pejabat Unisel di Shah Alam dan Bestari Jaya, pejabat JNSB di Desa Pandan, Kuala Lumpur dan Bestari Jaya serta pejabat MBI di Seksyen 14, Shah Alam.

JNSB dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus induk Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani berkata pasukan penyiasat telah pergi ke lokasi-lokasi berkenaan untuk mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan kes tersebut selepas SPRM menerima maklumat mengenainya. – BERNAMA

Tags: BN SelangorUnisel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

PRU15: BN Selangor Tidak Gentar Hadapi Calon Profil Tinggi PH

28/10/2022
0

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon berprofil tinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

PRU15: BN Selangor Tampil 21 Muka Baharu

19/10/2022
0

BANGI - BN Selangor akan menampilkan 21 calon muka baharu di 21 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd