• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bintang Filem Mukhsin Throwback Zaman Kecil

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESTI ada yang masih ingat cerita filem Mukhsin yang pernah popular pada tahun 2006, di bawah arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Filem itu juga merupakan salah satu kejayaan pengarah hebat Yasmin selain Muallaf, Sepet, Talentime dan Gubra. Karya beliau merupakan satu hasil seni yang masih dikenang sehingga kini.

Baru-baru ini salah seorang pelakon yang memegang watak sebagai ‘Mukhsin’ dalam filem Mukhsin itu, Syafie Naswip ada memuat naik gambarnya bersama dengan heroinnya, iatu adik Sharifah Amani yang bernama Sharifah Aryana.

Kapsyen yang ditulis juga boleh tahan comel juga dan ramai netizen buat andaian yang mereka berdua ini ada hubungan istimewa.

Tapi sayang, Syafie sudah pun membuang gambar tersebut dari akaun Instagramnya. Tapi mereka dua ni memang comel pun kalau bersama!

Tapi kami masih mengingati kapsyen Syafie yang berbunyi; “Some relationships that don’t require a name. They are of emotions. #Friendship #KataLeo #Mukhsin #Throwback.”

Pasti ramai yang masih mengingati jalan cerita yang penuh bermakna ini. Yang mana Mukhsin mula menaruh harapan cinta terhadap Orked ketika dia bercuti ke kampungnya. Namun cinta itu tak dapat diluahkan kerana mereka masih kanak-kanak.

Ramai pengikut Syafie yang secara tak langsung throwback watak Syafie dalam filem Mukhsin tu. Syafie juga dikatakan mula dikenali selepas membintangi filem ini. Ramai juga yang dah terbiasa panggil Syafie sebagai ‘Mukhsin’.

Kalau betul pun ‘Mukhsin’ sedang bercinta dengan ‘Orked’, apa salahnya kan. Mereka berdua ni pun memang dah kenal sejak dulu. Kita doa yang baik baik sahaja.

“Kami rapat bukan sahaja sebagai rakan kerja tetapi sudah macam adik-beradik. Pernah juga kami berbual tentang betapa rindunya nak berlakon bersama. Kalau boleh ada transisi bermula daripada kami sebagai pasangan pelakon kanak-kanak, kemudian pelakon remaja sehinggalah sudah dewasa di layar perak.

“Tapi setakat ini tak ada lagi tawaran sebegitu. Namun tetap kami tanam hasrat untuk merealisasikan impian itu satu hari nanti,” kata Syafie, dipetik dari akhbar tempatan.

Diharapnya selepas ni akan ada lagi filem seperti Mukhsin ni. Jalan cerita yang baik dan more to real life. Terukan menyokong hasil seni tempatan kita. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: mukhsinsharifah aryanasyafie naswipYasmin Ahmad
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Impian Syafie Naswip Beli Rumah Untuk Ibu Tercapai

13/05/2018
0

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah buat ibunya iaitu Noorsiah Ahmad, 53, tercapai....

Tampil Imej Bertatu, Syafie Naswip Dikritik Ramai

27/01/2018
0

SIAPA tidak kenal dengan artis berbakat besar, Syafie Naswip yang mana rata-rata drama serta filem lakonannya sering mendapat pujian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd